Thursday, October 15, 2009

Kelas Tahsinul Quran

Minggu ini bermulalah Kelas Tahsinul Quran yang diadakan di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut. Saya rasa amat teruja dan gembira yang amat sangat. Sudah lama saya tidak berguru dan ilmu-ilmu Al Quran yang saya ada bukan saja tidak bertambah, bahkan semakin berkurang. Jadi peluang ini saya anggap satu rahmat dari Allah. Kelas ini dikendalikan oleh Imam Nurunna'im bin Daud Al Hafiz, imam masjid tersebut. Kelas diadakan bermula jam 9 hingga 10.30 malam setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Bilangan pelajar adalah dalam 40 orang termasuklah lelaki dan perempuan.

Kegembiraan saya berganda bila suami saya pun turut sama menyertai kelas tersebut. Malam tadi kami belajar bacaan 'Bismillahirrahmanirrahim' dan 'Alhamdulillahirabbil'alamin'. Ustaz Naim kata dia fokus pada bacaan Al Fatihah dulu sebelum pergi kepada pelajaran yang lain. Malam tadi juga Ustaz Naim bercerita tentang satu kisah menarik yang boleh kita teladani bersama.

Kata Ustaz, semasa beliau belajar di Kashmir, Pakistan beberapa tahun dulu, terdapat seorang lelaki tua yang baru hendak belajar al quran dan berulang alik ke tempat pengajiannya dengan menunggang basikal. Lelaki itu berusia 70 tahun, menunggang basikal sejauh 60 km setiap hari! Jalan di Pakistan pula bukanlah seperti di negara kita sebaliknya berbatu-batu dan bergunung-ganang. Kat bandar barulah jumpa jalan bertar. Setiap pagi lelaki ini bertolak dari rumah sebelum subuh, dan menunggang semula 60 km lagi balik ke kampungnya setelah selesai pengajiannya. Lelaki ini hanya tidur 1 jam sahaja setiap hari. Bayangkanlah dengan tenaga setua itu, dan basikal yg sudah tentu tidak secanggih basikal di negara itu berulang-alik setiap hari untuk belajar al-quran.

Lelaki itu hanya belajar 5 huruf setiap hari. Alhamdulillah, setelah 8 bulan lelaki tua itu telah dapat menguasai ilmu al quran, dan dalam tempoh 2 tahun lelaki itu akhirnya telah khatam al quran buat pertama kali. Seterusnya lelaki yang tekun dan sabar ini bercita-cita pula hendak menghafaz al quran. Akhirnya 2 tahun kemudian beliau berjaya menghafaz 30 juzuk al quran.

Pada suatu hari, lelaki ini meminta gurunya menyemak bacaan al quran yang dihafaznya dalam tempoh sehari. Sebelum Subuh, beliau telah mula membaca al quran dan berhenti untuk menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian sambung lagi bacaan. Makanan dihantar ke tempat beliau membaca dan beliau hanya makan sedikit saja. Akhirnya menjelang Maghrib, beliau berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al quran tanpa sebarang kesalahan! Kemudian beliau menunaikan solat fardhu Maghrib.Lelaki ini meminta gurunya menghalalkan semua ilmu yang telah diajar padanya dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan guru dan keluarga gurunya.

Setelah selesai solat, lelaki tua itu telah muntah. Dari muntah tersebut, tahulah gurunya bahawa itu bukanlah muntah yang biasa. Tidak lama kemudian lelaki tua itupun dijemput Allah kembali ke pangkuanNya. Sampai di sini semua dalam kelas merasa meremang bulu roma. Subhanallah, Allahuakbar! Mulianya lelaki ini. Saat menyembahyangkan jenazahnya orang yang datang berziarah sangat ramai hingga mencecah ribuan orang. Orang yang datang itupun entah dari mana. Jenazahnya disembahyangkan sehingga 6 kali. Guru lelaki itu meminta jenazah itu tidak dibawa dengan kenderaan ke pusara, sebaliknya diusung oleh orang ramai.

Kata Ustaz Naim, sewaktu jenazah diusung, sekelompok awan memayungi jenazah sepanjang perjalanan dan hal ini turut disaksikan oleh orang ramai dan Ustaz Naim sendiri. Hujan renyai-renyai turut turun seolah-olah turut bersedih. Kata guru lelaki tua itu, bukan saja makhluk di dunia bersedih dengan pemergian lelaki itu, tetapi makhluk-makhluk lain juga. Wajah jenazah juga sungguh bersih dan cantik, lebih cantik daripada ketika arwah hidup.

Begitulah kemuliaan yang Allah beri kepada orang yang bersungguh-sungguh mendalami al quran. Dari usia 70 baru mengenali al quran sehingga menguasainya dan insyaAllah dapat menjadi ahli Syurga. Moral of the story ialah di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hendak seribu daya, mahu seribu cara. Jangan malu atau rasa terlambat atau banyak halangan untuk belajar al quran. Kuatkan tekad dan azam. InsyaAllah kita akan dapat hikmah daripada Allah nanti. Saya juga memohon agar Allah menetapkan iman saya dan menjadikan saya sabar dan tekun mendalami ilmu al quran ini. Moga-moga juga Allah membuka pintu hati saya dan mempermudahkan segala urusan pengajian saya nanti. Amin.
Baca lagi>>

Saturday, May 23, 2009

Hari biasa-biasa

Hari ini Sabtu. Dalam kepala dan plan nak wat itu ini, tiba2 tak jadi coz jam 8.00 pagi dah gi sekolah untuk program Gerak Minda (cam kelas tambahan la..utk murid Thn 6). Hari ni subjek Bahasa Melayu. Tadi dah ambik gambar masa Gerak minda berlangsung, tiba2 tak dapat pula nak upload kat sini.

Tepat 12.00 tgh, selesai tugas..maka bergegaslah saya balik ke rumah. 3 minit dah sampai rumah. Tengok suami tekun mengadap komputer sampai lupa nak beli lauk. Lalu diapun switch off komputer tu dan pergi pasar dgn Idris. Pukul 1 baru balik..maka bergotong-royonglah saya memasak dgn anak dara saya, Atiqah. Ala, lauk simple je, 1.45tgh dah siap hidangan kami. Mari tengok juadah kami hari ini:


Lama dah tak beli toge kepala besar ni. Masak lemak putih je..kejap je coz
pakai santan segera, cepat dan mudah!

Ini sambal belacan. Kat rumah saya tak sah kalau tak ada sambal. Belacan utk wat sambal ni saya dapat hadiah masa Hari Guru baru2 ni.

Terung manggo mentah. Free je, tumbuh sendiri belakang rumah.

Lagi ulam-ulaman..pucuk serai kayu dan ulam raja. (Kalau menteri pertanian tahu,mesti dia lantik saya jadi duta ulam-ulaman sbb suka makan ulam. he he)

Ikan bawal hitam goreng.
Ikan bawal hitam masak tomato pilihan Idris. Sebab tu dia beria-ia nak ikut ayahnya pergi pasar. Nak pilih ikan bawal sendiri!

Dah ada lauk, mesti ada nasi. Air pula air bertapis bio aura saja.

Tengoklah nasi yg penuh dalam pinggan Idris. Pipi dan badannya pun dah beransur bulat sekarang ni.

Lepas makan, Idris wat powerpoint utk projek sekolah dia.

Angkara ubat batuk, petang saya tidur saja. Bangun tidur dapat mesej dari Azimah bagitau sekolah LeBESTnya dapat johan keseluruhan Spell-It-Right (SIR) peringkat negeri Terengganu. Wah, tahniahs! Dapat RM2000! Saya tumpang gembira atas kejayaan pasukan bimbingannya itu.

Esok saya akan ke IPGM kampus Tg.Ampuan Afzan kat KL (Bkn K.Lumpur,K. Lipis je..) utk tutorial pertama bagi semester Mei ini. Nampaknya saya drive sorang2 je sbb kelas saya mula lewat 10.00pg - 4.45 ptg. Kak Zaini yg selalu kongsi kereta ngan saya kelas 8.00pg-2.30 ptg. Semester ini saya akan belajar semua subjek major,PSV Menengah Rendah, PSV Peringkat Tinggi dan Apresiasi & Kritikan Seni. Untuk majorPSV ni bagi kohort 2 SMP OUM nampaknya saya seorang sajalah dari Jerantut ni. Baru kejap tadi saya tgk soalan tugasan dahpun keluar.. banyak jugalah kerja kena buat. Antaranya kena buat lukisan bertemakan bangunan warisan Malaysia, catan cat air bertemakan alam semulajadi, esei-esei...fuh, boleh ke saya melukis ni?

Babai dulu, nak buat persiapan utk hari esok.
Baca lagi>>

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru untuk semua terutama suami tercinta Abdull Razak b Zainal yg sedang berada di sekolahnya untuk perjumpaan dengan ibubapa pelajar Form 3 & 5. Beliau dah pergi jam 8 pagi tadi dan sehingga sekarang 3.00 ptg belum kembali lagi. Namun beliau sempat mesej kat saya bgtau sekolahnya yang menang 19 kategori seterusnya dpt Anugerah Perdana Sekolah Menengah dlm Anugerah Gading Bersilang anjuran JPNP & Yayasan Pahang baru2 ni akan bawa semua guru melawat ke Sarawak tahun ni...wah, dia rasa sungguh teruja!

Selamat Hari Guru juga untuk adik bongsu saya, Azimah yg baru saja selesai persembahan Chorasical di majlis sambutan Hari Guru Pkat Ksaan di TTI, Terengganu. Juga untuk adik saya, Nazrah yg baru dilantik guru akademik Ting 6 DG44 baru ni. Tak lupa untuk adik-adik ipar, Wan Haslita yg baru selesai mengemas bilik peperiksaan sekolahnya kat Pandan Mewah pd hari guru ini, untuk Naiman, guru ragbi yg beristerikan adikku yg sentiasa sibuk, untuk Azhar, guru Fizik kat TIPTOP. Selamat hari guru juga utk diriku sendiri yg dah berada di kerjaya ini selama 20 tahun.

Saya seorang yang sentimental dan suka 'bermain dengan perasaan' ( ha ha,, perasan sendiri ni!) Saya selalu rasa sebak di hari guru ini terutama apabila TV adakan tayangan2 atau dokumentasi khas sempena hari guru. Saya rasa kerjaya ini sangat mulia, lebih-lebih lagi bila kita menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab. Bila tengok pengorbanan guru-guru yg mengajar di kawasan pedalaman atau pulau2 seperti di Sabah & Sarawak..saya tabikla dgn mereka ni. Sungguh guru bagai dian, membakar diri untuk menerangi orang lain.

Saya pun rasa terharu bila dengar lagu Guru Malaysia. Selalu saya rasa nak menangis bila menyanyikan lagu ini ketika sambutan hari guru setiap tahun. Liriknya bukan lirik biasa, ia adalah sumpah dan janji..ia adalah satu ikrar. Lihat sajalah perenggan akhir..terasa menusuk kalbu. Peliknya guru2 lain kelihatan riang gembira saja, saya saja yg kontrol air mata jgn sampai terlebih-lebih pulak! Kata adik ipar saya, Naiman yg pernah jadi sukarelawan NAVY: Lagu NAVY memang semangat tapi tak dapat menandingi lagu Guru Malaysia.

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Selamat Hari Guru untuk semua guru yg pernah mengajar saya, guru-guru Al Quran saya dan siapa saja yg pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung. Selamat Hari Guru juga untuk semua guru yg sedang berkhidmat di seluruh negara. Teruskan khidmat murni kita demi anak bangsa tercinta.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Terima kasih cikgu.
Baca lagi>>

Friday, May 15, 2009

Anugerah Menteri Besar Pahang

Semalam, 14 Mei 2009 sekolah saya telah didatangi oleh Panel Penilai Anugerah Sekolah cemerlang 2009. Punyalah tak sabarnya para nazir tu, sebelum pukul 7 dah sampai ke sekolah. Masa saya sampai 7.10 pagi encik nazir telahpun meronda2 kawasan sekolah dah menemuramah murid, ibu bapa dan guru.

Saya merancang nak bawa murid belajar kat luar sebab minggu ni tema tumbuhan. Sayangnya pagi2 lagi hujan telah turun..(hujan rahmat ni!) Saya nak ajar bahagian2 tumbuhan, so terpaksalah guna plan B. Merayaulah saya cari pokok dalam hujan renyai2 dan cabut beberapa anak pokok & bawa masuk ke dalam kelas. Saya ni memang allergic dengan encik nazir ni, jadi otomatik saya rasa kenyang & kantin sekolah saya telah kehilangan seorang pelanggan tetapnya hari ini.

Bagai diduga, jam 9.30pg, masuklah seorang encik nazir yg tak berapa muda ke kelas saya. Mujur tgk encik ni ok je. Dia tanya itu ini dan saya pun jawablah itu ini. Pastu saya bagitau dia lepas rehat saya nak ke Kuantan untuk majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan anak saya terpilih menerima Anugerah Menteri Besar. Dia pun kata alhamdulillah dan ucap tahniah. Oleh kerana agak sibuk, jam 11 baru saya dapat keluar dari sekolah. 12.30 ketika OTW ke Kuantan encik nazir telefon saya bagitau ada perjumpaan dgn semua guru jam 1 tgh. Sayapun terpaksalah minta maaf dan bgtau saya dahpan jauh dari sekolah. Peliknya org lain tak call pulak.

Setelah cilok2 jam 1.15 saya, suami dan anak bongsu sampailah kat Tg.Lumpur. Sempat lagi gi lunch dulu sbb perut saya dah rasa pedih2, maklum x mkn sejak pagi lagi. 1.40 kamipun sampailah ke Kompleks Yayasan Pahang. Aimi Najihah, anak saya yang sepatutnya menerima Anugerah Menteri Besar Pahang tidak dapat hadir sama dalam majlis ini, jadi setelah memujuk rayu adiknya Muhammad Idris akhirnya sudi menjadi wakil.



Atas ni surat yang disertakan dalam 'Buku Sijil' (ke ada nama lain?).Manakala kat bawah inilah
Sijil AnugerahMenteri Besar Pahang. Tapi font yg digunakan tersangatlah kecilnya.
Mata saya yg dah beransur rabun ni puas jugalah pejam celik tengok sijil ni.



Ini kad yg dikepilkan bersama. SSPN akan kreditkan terus duit anugerah ke dalam
akaun SSPN Aimi. Sayangnya saya tak tanya pulakla berapa jumlah duit tersebut!

Haa..inilah Aimi Najihah bt Abdull Razak, orang yang sepatutnya naik ke pentas untuk menerima anugerah .
..dan sebaliknya diwakili oleh adiknya Idris.( Tgk gambar kat bawah ni. Menteri Besar, Tuk Nan kata,"smart nampak!). Nampaknya Aimi seorang saja penerima anugerah yg diwakili oleh adik, majoriti ambik sendiri dan lain-lainnya oleh emak atau ayah..dan ada seorang lagi diwakili oleh guru.


Yang terbongkok2 menulis kat kaunter pendaftaran tu sayala..

Sementara itu suami saya menguruskan pendaftaran di kaunter SSPN.

Muhammad Idris bersama-sama penerima anugerah di round table yang telah dikhaskan.


Saya tak dapat nak ambik gambar Idris kat atas pentas sebab kat depan pentas penuh dgn jurugambar profesional, tapi kami dimaklumkan setiap penerima anugerah akan menerima gambar mereka yg akan diposkan terus ke rumah. Boleh juga didownload dari laman web Yayasan Pahang beberapa hari lagi. Nanti kalau ada saya akan masukkan dalam blog ini.


Dah selesai majlis, masa untuk makan2. Ada nasi dagang, bihun goreng, pelbagai kuih muih dll. Ini je gambar makanan yang saya ambik sebab dah tak sabar nak makan. Lagipun saya bukan macam Azimah, nak ambik gambar banyak2 rasa malu( sayakan pemalu, he he) sebab saya tgk orang lain tak ambikpun gambar makanan tu!

Lepas makan, kami pergi semula dewan utama untuk sesi bergambar. Idris dah masam sebab penat & letih. Masa ni pun dah dekat 5.45 ptg.




Aimi, tengok gambar ni. Patutnya Aimi lah yang ada dalam gambar ni!

Majlis dahpun selesai. Kamipun bawalah pulang sijil & plak kaca. Idris merengek2 nak mandi laut. Sian, sebab byk kali dah dia hampa. Jadi walaupun dah 6.15ptg sempat jugalah gi Teluk Chempedak bawa dia mandi jap. Mandilah dia sorang2 setengah jam. Saya tak ambik gambar sebab telefon tinggal dalam kereta. Pastu kami singgah jap rumah abang ipar saya kat Perumahan Tok Sira. Then terus balik ke Jerantut. Pkl 11.00 malam baru sampai rumah. Penatnya. Idris sibuk minta saya wat entry baru, tapi tak larat dah. Lepas mandi buka komputer, terbaca pulak blog Azimah yg panjang lebar tu..(rajin sungguh adik saya ni menulis!).
Hari ini hari jadi saya ke 42! Tua dah saya ni, anakpun dah besar2 belaka. Pagi2 lagi Azimah dah hantar mesej ucap selamat hari jadi, saya masih lagi bergolek peram-peram tido. Pastu adik lelaki saya Tajuddin pula telefon masa saya tengah mengajar. Pastu saya telefon pula Kak Long saya kat Kuching sebab sayakan dpt XPax percuma minggu ni. Tengahari anak saya, Faiz antar mesej. Adik saya,Zaharah plk call.
Pastu saya dpt surat panggilan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Transformasi Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan: Program Rintis. Mesyuarat tu dari 17-20 Mei ini kat Grand Continental Kuantan. Alamak, saya ada temujanji dengan dr pada 18 Mei ini! So, lepas lunch sayapun gi ke Hosp.Jerantut utk wat persiapan awal sebelum gi mesy nanti. Sebelum tu sorang lagi adik, Nazrah call juga ucap selamat kat saya.Biasa saya drive sendiri, tapi sebab inikan birthday saya...jadi suami sayapun menawarkan diri untuk hantar saya. Masa kat sana, emak saya pulak call ucap selamat hari jadi. Mak doakan saya sihat, murah rezeki, ceria selalu,diberkati oleh Allah.
Akhirnya saya pun dapat antibiotik baru & ubat batuk baru. Saya diberitahu ubat batuk tu MIST AMMONIUM IPECACUANHA tak sedap. Saya kata,"tak apa la. Namapun ubat. Kalau sedap bukan ubat namanya." Rupa-rupanya ubat tu memanglah tersangat tidak sedap, bahkan paling tak sedap pernah saya minum. Tqah try ubat tu, katanya rasa ubat itu sungguh dahsyat!!Tak tahu macamana nak cerita akan ketidaksedapannya, namun kerana ianya adalah ubat..maka saya telan jua! Harap2 berbaloi dan batuk ni segeralah pergi.
Balik dari hospital suami bawa saya ke KFC untuk celebrate birthday saya. Nampaknya minum petang kami tak berapa romantik kerana gangguan batuk saya ni..tapi dalam batuk2 tu 2 ketul ayam goreng selamat masuk perut saya. Terima kasih pada semua ahli keluarga yg tak pernah lupa birthday saya. Terima kasih untuk suami dan anak-anak. Moga-moga, ketuaan dan kedewasaan saya ini akan lebih mematangkan tindak tanduk saya. Terima kasih atas sokongan semua dan semoga doa-doa kalian untuk saya akan dimakbulkan Allah. Amin.
















Baca lagi>>

Wednesday, May 13, 2009

Anak-anak Prasekolah Mutiara

Saya masih belum sihat kerana masalah batuk yang berpanjangan. Suara saya pun 60% sahaja... nak 'mengiau' panggil kucing yang merempat kat rumah saya makan pun tak boleh. Tapi saya tetap bercakap, kalau tak macamana la nak control budak2 kecik kat kelas pra saya tu.

Oleh kerana saya dah pandai upload gambar, jadi mari tengok gambar sekitar prasekolah saya & telatah murid-muridnya.

Ni luar kelas pra. Petang ni saya nak gi mengecat batu-bata kat pangkal pokok tu...

Ni pandangan dari luar. Grill tu saja ditutup, kalau tak budak kat dalam tu
asyik melompat keluar je.

Budak kecik ni namanya Elham Emir. Banyaknya mulut dia... Selalu dia datang bertepek kat sebelah saya.Kadang2 gosok2 lengan cikgu, kadang2 melentok kepala kat bahu cikgu. Hari ni dia buat latihan buku tulisnya atas belakang saya! Bertuah sungguh budak sorang ni!

Ni pulak Muhammad Najmie. Nakal, tapi pandai. Pantang kalau saya bagi keluar kat taman permainan pra, dia akan berlari tangkap katak. Kesian, sampai lembek katak tu dikerjakan. Mujur, lepas beberapa kali warning..tak buat dah. Semangat setiakawannya sangat bagus, kalau buat apa2 mesti ingat kat member. Satu hari dia tarik tudung seorang budak perempuan. Menangisla budak tu. Saya pun tanya:
Saya : Kenapa Najmie tarik tudung Akhila?
Najmie : Saja je.
Saya : Saja je? Oo..rupanya Najmie nak pakai tudung ya? Nanti cikgu bagi tudung Akhila kat Najmie, pastu Najmie tak boleh jadi Najmie lagi la..tukar nama jadi NAJMIAH pulak!
Murid lain: Ha ha ha ha ha ha
Imah, tengok! Ni anak patung Mr.Bean yang di bawa oleh anak murid saya Qistina Auni. Saya ambik anak patung tu, sebab semua murid sedia maklum kalau bawa mainan ke sekolah akan dirampas. Jadi, kalau sayang mainan, simpan dan main kat rumah. Dia cakap," Ambik la.." Tup-tup, bila semua murid dah balik saya tengok anak patung tu pun dah hilang. Rupa2nya tuan dia ambik senyap2 bawa balik ke rumahnya.


Tengoklah si Qistina Auni ni. Budaknya comel dan sentiasa tersenyum. Maknya (cikgu sekolah saya gak) risau sangat sebab dia ni manja . Tapi saya tengok ok je. Awal tahun huruf pun tak berapa kenal, tapi baru masuk bulan ke 5, dah boleh membacapun! Rajin, selalu tolong kemas kelas.


Hari ini agak sibuk. Sekolah saya sedang bersiap-siap untuk dilawati oleh panel penilai (Nazir) Anugerah Sekolah Cemerlang. Petang ini saya kena gi sekolah untuk gotong-royong n touch up mana-mana yg tak beres. Semua orang kelihatan teruja... sebenarnya sekolah kami dah tercalon sejak 2007 lagi, tapi tak tahu di mana silapnya sampai ke sudah penilai tak datang menilai. Jadi, dengan semangat waja guru besar kami tidak putus asa dan bertanding lagi tahun ini.Mudah-mudahan ASC tu jadi milik kami tahun ini. Secara logiknya sekolah saya tu memanglah tersangatlah layaknya dengan senarai kejayaan yang panjang..Johan 3K Kebangsaan pun kami dah dapat. Tapi kami semua berpegang pada "Rezeki di tangan Tuhan". Jadi, kalau ada rezeki dapatlah dan Alhamdulillah. Kalau tidak..pasrah dan redha.
Baca lagi>>

Tuesday, May 12, 2009

Idris & his photofunias

Ahad, 10 Mei lepas, Aleeya telah menunjukkan bakatnya memphotofuniakan koleksi gambar2 dalam laptop uminya. Hari ini Idris pula mempamerkan kebolehannya mengexplore internet tanpa bimbingan siapa2 dan... lihatlah hasilnya!! Maka tak jadilah nak pinjam Aleeya sebab Idrispun dah tahu nak klik2 photofunia ni!



Gambar Aimi masa gi Karnival PPDa Kebangsaan di
Kota Bharu tahun lepas jadi cover majalah!

Ni...masa raya 2007

Tengok, duit syiling ada gambar Faiz!


Banyak lak gambar Faiz kat sini....


Ni Idris tengah main apa ya? Hoki ais ke ni?


Bila agaknya gambar Aimi kat papan iklan gergasi ni akan siap?


Comel gambar Aiman sedang tersenyum!


Sikit lagi nak siap puzzle Atiqah....


Nazrah, saya tahu awak nak ucapkan tahniah sebab saya dah pandai upload gambar(s).
Tapi, tengoklah... saya dah maju banyak tapak dah ni. So, banyaklah kena congrats kat saya!!!





Baca lagi>>

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu

Ini ibu mertua dan bapa mertua saya:Tn. Haji Zainal b Mat Linga &
Pn.Hajjah Saerah bt Mat
Gambar klasik mak dan che (1980an).
Latar belakang tu rumah kami yg penuh nostalgia.



Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu terutama ibu tersayang Pn. Hajjah Zuraidah Awang Kechik, ibu mertua Pn. Hajjah Saerah bt Mat, adik beradik yang semuanya telah menjadi ibu Pauziah, Zaharah, Nazrah, Azimah...ipar duai Badariah, Sarbiah, Khamisah, Roslima, Zaitey Haslina, Wan Haslita dan semua sahabat handai.

Emak memang seorang ibu yang tabah. Saya tahu betapa sukarnya emak menguruskan kami adik-beradik setelah che saya meninggal, lebih-lebih lagi dengan tanggungan 5 orang anak yg masih bersekolah dan kesihatan yang tidak menentu.Tapi emak tidak pernah mengeluh. Emakpun tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula walaupun ketika arwah che pergi umur emak baru awal 40an, lebih kurang usia saya sekarang.

Setahun selepas arwah ayah meninggal, saya diterima masuk maktab perguruan. Emaklah yang menghantar saya ke maktab menaiki bas ekpress. Mak turut membekalkan saya duit belanja sebanyak RM 700. Saya tidak tahu di mana mak mendapat duit sebanyak itu, dan saya pun ambil duit tanpa banyak soal. Sekarang saya terfikir, dengan pendapatan yang tidak seberapa berapa lama agaknya emak mengikat perut untuk mengumpul wang untuk saya. Sedangkan gaji saya sekarang yang jauh lebih tinggi dari emak dulu, kadang2 terasa sukar mengumpul wang sebanyak itu!

Saya rasa emak telah berjaya menjadi seorang ibu yang baik. Emak berjaya memberikan didikan & ilmu dunia akhirat utk kami..dialah sumber inspirasi saya. Dia sangat memahami saya, dia menenangkan saya ketika saya dalam kesulitan, dia sentiasa memberi nasihat yang berguna untuk saya, dia juga tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan saya. Jika saya tidak sihat, saya elakkan beritahu emak sebab dia akan jadi sangat runsing dan risau, padahal sakit saya tu biasa2 saja. Lagipun saya ni dah tua, bukan anak-anak kecil lagi!

Mak, terima kasih kerana melahirkan dan mendidik saya sehingga saya jadi seperti sekarang. Ampunkan semua kesalahan dan dosa saya pada mak dulu, kini dan selamanya. Saya berbangga dengan mak dan maaf juga kerana tidak dapat menjaga mak di hari-hari tua ini. Saya sayangkan mak. Selamat Hari Ibu, semoga emak sihat dan sejahtera selalu.

Baca lagi>>

Selamat Ulang Tahun Utk Zaharah Dollah

Hari ini 9 Mei 2009. Ini hari ulang tahun adik saya yang ke 40. Sudah masuk angka bertuah, kan orang putih kata ' Life begin's at 40!'.

Nama penuh adik saya ini Zaharah binti Dollah. Dia adik yang paling rapat dengan saya,satu dari sebabnya ialah umur kami hampir sebaya dan hanya berbeza umur 2 tahun.Jadi antara saya dan dia banyak yang kami kongsi bersama. Dulu-dulu sekitar 1975, sayalah kakak yg menemani dia di Tadika kampung saya kerana saya bersekolah sesi petang. Balik tadika saya siap-siap utk ke sekolah pula. Dia manja, saya tak larat tunggu, lepas sebulan saya tak tunggu dia di tadika lagi dan diapun terus tak sekolah tadika. Mujur masuk tahun 1 dia tak buat perangai dan dapat belajar dgn jayanya.

Za saya ini memang baik sejak dari kecik lagi. Sebab itu dia selalu jadi mangsa buli kawan-kawannya. Sayalah orang yang selalu membela dia bila dibuli kawan-kawan.(kadang2 saya pun menyakat dia gak!).Kami selalu berdua ke mana-manapun. Pergi mengaji kat masjid sama2, sekolah sama2, ke surau sama2, naik Bukit Kkabu pun sama2.(tanpa pengetahuan mak). Orang kampung selalu jadikan kami berdua contoh sebagai 'adik-beradik yang tak rajin bbalah!'. He he, sebenarnya kamipun selalu juga bergaduh tapi kami tak bergaduh depan orang lain...ala, lidahpun lagikan tergigit! Yang sebenarnya kalau kami bergaduhpun bukanlah berpunca dari dia, tapi sayalah puncanya. Saya suka sangat menyakat dia, selalu saya duduk balik pintu dan bila dia lalu saya akan sergah dia. Dia pun akan menangis, pastu mak pun akan marah dan pukul saya. Bila dia nangis saya rasa geram sangat, saya rasa dia manja kededek. Skrg bila anak-anak bergaduh dan siabang menyakat adik sayapun akan marah abang tu, pastu saya akan ingat...itulah sebenarnya saya dulu yang menyebabkan mak pening kepala dan selalu naik angin dengan saya. Yang saya ingat walaupun kami ada gaduh-gaduh manja, tidak sampai pukul-memukul dan x ada sumpah seranah...kami diasuh dan dididik dgn baik oleh emak dan che, jadi perkataan2 seperti celaka, bodoh, gampang dll tak pernah ada dalam keluarga kami!

Zaharah bermaksud 'bunga'. Memang dia seperti bunga yang mengharumi orang2 di sekelilingnya. Dia rajin, sejak kecik sampai tua dia memang lebih rajin dari saya. Kalau dia menyapu, dia akan sapu bersih2, saya plk buat lebih kurang je! Kalau dia menjahit, jahitannya kemas dan cantik, kalau dia buat kuih..kuihnya sedap, kecik dan comel2..saya plk...he he, janji cepat siap!Mak selalu puji hasil kerja dia dan saya selalu juga rasa jeles, tapi saya sedar memang patut pun dia dapat pujian tu.

1982 Za dapat masuk MRSM K.Trg, saya plk sek biasa2 je kat Kg.Buluh. Saya rasa bangga sangat, dan sepanjang 5 tahun dia di MRSM KT tu selalu lah juga kami berutus-utus surat, walaupun rumah saya dan MRSM tu tak lah jauh sangat, 1 jam je!Oleh kerana hubungan rapat kami, saya selalu tertunggu-tunggu saat2 dia balik bercuti. Dia dan saya selalu berkongsi cerita2 di sekolah masing2, sebab itu dia kenal kebanyakan kawan saya dan saya pun tahu siapa kawan-kawannya.

1989, saya mendirikan rumahtangga. Za lah orang yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan kahwin saya bersama2 mak. Dialah yang tolong anyam riben jadikan bunga telur dll. Bila saya bersalin dan balik bercuti di kampung, dialah juga orang yang tolong mengasuh anak-anak saya. 1998, dia datang tunggu saya yg sedang menunggu hari bersalin anak bongsu saya dan bawa anak2nya ke rumah saya dan tinggalkan suaminya di kampung selama 2 minggu!Suami saya pula sedang menghadapi peperiksaan di UPSI. Saya tak akan lupa jasa baiknya pada saya dan semoga Allah sahajalah yang akan membalas segala budi baiknya pada saya.

Orang yang Allah sayang, banyak cubaan Allah beri. Za, tidak pandai marah-marah dan sentiasa sabar. Dia sentiasa sakit dari dulu sampai sekarang. Sakitnya macam-macam, kadang2 muntah2 pula. Penglihatan dia pun sudah semakin merosot..kami semua sangat risaukan dia. Walaupun begitu dia murah rezeki. Mungkin kerana kebaikan dia dan khidmat baktinya pada mak. Dia sekeluarga tinggal bersama mak dan menjaga mak sepenuh masa. Kadang2 saya rasa malu sebab dia yg sakit2 boleh berbakti pada mak sedangkan saya hanya bertanya khabar dari jauh saja.

Selamat Ulang Tahun adikku Zaharah binti Dollah. Semoga dirimu dan keluarga sentiasa diberkati Allah. Semoga dirimu tabah menghadapi cubaan yang mendatang.
Baca lagi>>

Sunday, April 26, 2009

Che- sempena ulangtahun ke 24 pemergian ke alam baqa.

Dollah bin Deraman. Itulah lelaki istimewa dalam hidup saya. Saya tidak tahu bila dia dilahirkan sbb orang dulu-dulu bukan ada sijil lahir.24 April 1985 adalah tarikh dia pergi meninggalkan kami semua dalam usia lebih kurang 65 tahun. Dia saya panggil 'che' yang bermaksud ayah. Dia memang sangat istimewa, mari lihat keistimewaan che saya ini.Saya merasai pengalaman hidup bersama-sama che saya selama 18 tahun. Selama 18 tahun sudah cukup untuk saya mengenal hati budi seorang ayah, dan yang pastinya saya belum pernah lagi berjumpa dengan seorang ayah lain sehebat dia.Bagi saya che seorang manusia yang sangat rajin, penyayang, penyabar,bijak, alim, cermat dan banyak lagi yang positif.



Che tidak suka berhutang, biar sesusah manapun elakkan berhutang. Sebab itu walau hidup kami susah, hati kami senang sebab tidak hidup diburu hutang.1979, semua rumah kat kg saya dah cerah dengan bekalan letrik 12 jam, kami masih berpelita cermin kerana che tak mampu nak bayar deposit.Kami pun masih guna air telaga yang che gali sendiri walaupun orang lain semua dah ada bekalan air paip. Che berusaha menabung untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan ketika aku berada di tingkatan 1(1980) barulah rumah kami ada api elektrik dan air paip.Che pantang tengok ada tanah lapang di kampung kami, dia akan minta izin dengan tuan tanah untuk mengerjakan tanah tersebut. Macam-macam che tanam...tembikai, kacang panjang, kacang bendi, timun, petola ular,ubi-ubian spt ubi kayu, ubi itik, ubi keling, ubi setelo, ubi badak, sengkuang dll. Tangan che sejuk, semua tanamannya menjadi. Semua hasil tanaman tu che gunakan untuk keperluan keluarga, selebihnya disedekahkan pada jiran-jiran dan dihantar untuk jualan di kedai-kedai kampung saya.Che kerjakan dengan tulang empat keratnya tanpa bantuan peralatan moden. Kebun sayur che pagar dengan buluh peleting yang sebesar ibu jari. Che ikat cantik-cantik dengan rotan yang che cari sendiri dalam hutan dekat kebun getah kami. Saya, walaupun anak gadis kampung belasan tahun pernah ikut che masuk hutan cari rotan.



Kadang-kadang che ambil upah meracun atau menebas. Che sentiasa bekerja dan tak pernah duduk diam...dan satu kelebihan che yang saya ingat, dia sentiasa sihat. Mungkin kerana gaya hidup sihat yang che amalkan. Siang hari che berhempas pulas bekerja untuk menyara keluarga, mengajar anak-anak kampung mengaji, malam che habiskan masa di surau, ada ketika che buka kitab cerita kisah-kisah nabi dan bab agama di surau. Balik surau che akan memicit betis mak sambil baca buku, kitab atau surat khabar di bawah cahaya pelita cermin. Che suami yang sungguh sabar kerana dia akan picit betis mak bukan sekali-sekala tapi setiap hari kerana mak saya memang selalu sakit. Che tidak pula minta dipicit atau mengeluh sakit-sakit kerana seharian bekerja!



Che seorang guru al quran di kampung saya.Anak murid che ramai..berpuluh-puluh orang. Che ajar mengaji secara sukarela tanpa sebarang upah. Selalunya anak-anak murid che tolong angkut air dari telaga, tolong basuh lantai, tolong sapu halaman rumah..dan rumah kami jadi sangat meriah Saya pun mengaji dengan che sampai saya jadi johan musabaqah al quran sekolah-sekolah Terengganu 2 tahun berturut-turut.(1984 & 1985). Che sangat gembira sebab saya dapat masuk musabaqah sampai peringkat kebangsaan. Che suruh saya cakap dengan ustaz yang dia nak turut serta ke Selangor dan tengok saya mengaji. Saya sungguh zalim waktu itu kerana tak benarkan che pergi...che kecewa. Sebenarnya, saya sangat malu kalau che tengok saya mengaji. Kalau ada apa-apa majlis kat kampung pun saya pesan che jangan tengok. Terukkan? Tapi saya muda dan akal pendek lagi waktu tu.. sekarang, bila dikenang-kenangkan saya rasa sangat menyesal..sungguh-sungguh menyesal tapi, semuanya tidak berguna lagi kerana che pun dah tiada lagi.



Che tidak pernah memukul saya,jentik telinga pun tidak. Tapi, dengan mak selalu lah saya kena, sebab saya agak nakal (nakal sikit je!).Walaupun che tak pernah pukul saya, dia selalu buat saya menangis. Masa mengaji lah! Bukan dia marahpun..hanya tegur tinggi sikit,"Huh, huruf apa tu?" saya pun mengaji sambil menangis. Che juga bersifat penyayang dan berjiwa halus. Satu hari che dengar lagi 'Burung Dalam Sangkar" nyanyian Emilia Contessa. Che cakap dengan adik bongsu saya, Imah yang baru umur 5 tahun. "Mah, burung kat rumah Pak Cik Hassan macam ni lah!" kata che sambil mengesat air matanya! Che selalu bacakan buku cerita untuk adik saya tu. Walaupun Imah dah pandai membaca tapi dia tetap suka dengar che bacakan buku cerita untuknya. Satu hari che baca buku cerita dongeng...cerita apa dah lupa, tapi cerita tu sungguh menyayukan che sebab dia bila sampai bab sedih che akan menangis walaupun hanya cerita dongeng! Imah pula suka suruh che baca banyak-banyak kali walaupun cerita tu dah diketahui. Che akan melayan dengan sabar.



Che suka membaca. Che beli surat khabar tiap-tiap hari di kedai Raja Nab kat Pintu Gerbang naik basikal. Bila sampai rumah kami berlari sambut che dan pakat tarik surat khabar tu sehelai seorang. Masa kami kecik-kecik & tak tahu jawi che beli surat khabar Utusan Melayu (Jawi) dan Utusan Zaman. Dah semua tahu baca jawi baru che beli surat khabar Berita Harian yang tulis rumi pulak! Sekali seminggu che beli Utusan Pelajar. Sebulan sekali che beli Dewan Pelajar. Almari kayu rumah kami penuh dengan buku-buku agama, bahkan che juga pelanggan tetap majalah Dian dan Kiblat!Dua minggu sekali che setia tunggu perpustakaan bergerak datang ke kampung saya dan pinjam buku macam-macam untuk kami adik-beradik. Saya sangat bangga dengan che sebab waktu tu tak ramai orang tua kampung saya boleh membaca!Walaupun che orang tua kampung pada 70an, tapi pandangan che tidak seperti orang-orang tua lain. Saya sangat berterima kasih dengan che kerana dia lah kami semua suka membaca dari dulu sehinggalah sekarang.



Che bijak. Di kampung saya che digelar 'Pak Lah Cerdik'. Saya selalu dengar soalan ini.

Soalan: "Anak sapa ni?"

Jawapan: "Anak Pak Lah?'

Soalan: " Pak Lah mana?'

Jawapan :"Pak Lah Cerdik."

Soalan:"Ooo, patutlah bijak macam Pak Lah Cerdik"



Saya masih ingat, menjelang peperiksaan che akan akan sembahyang hajat, baca yasin dan macam-macam doa tiap-tiap malam. Lama pulak tu. Saya sungguh terharu dengan pengorbanan che dan jauh di sudut hati rasa sangat bersalah sebab tak belajar bersungguh-sungguh. Mujur juga, berkat doa che yang tulus saya berjaya juga lulus SPM pangkat 2...dan dengan kelulusan itulah saya berjaya menjadi seorang guru lulusan maktab perguruan. Sayangnya che sudah tiada sewaktu saya diterima memasuki maktab perguruan tengku ampuan afzan, kuantan.



Che seorang yang sangat seni. Hasil tangan che, seperti lekar yang dibuat daripada anyaman akar pokok periuk kera sangat menarik dan tak akan ditemui di mana-mana. Saya pernah ikut che cari akar periuk kera dalam hutan berpaya dekat kebun getah kami. Banyak che buat lekar dan dihadiahkan pada jiran-jiran serta saudara-mara. Setelah 20 tahun hasil kerja tangan che sudah tiada lagi kecuali di rumah arwah ibu saudara saya Mak Teh Kiah di Kg.Kuau, Bachok, Kelantan.



Che tidak merokok walaupun rokok daun. Che pun tak cerewet bab makan minum. Baginya kalau dia balik bekerja cukuplah ada nasi dalam periuk, air panas dalam bocong (termos) dan ikan kering. Kalau che rasa nak makan kuah che akan tuang air dalam pinggan. Kadang-kadang che buat air teh sendiri. Sungguh kehidupan che dan kami sekeluarga amat simple, sarapan ubi kayu rebus, ubi setelo rebus, ubi itik rebus, ubi badak rebus, ubi keling rebus atau pulut tanak makan dengan nyiur dan ikan masin.



Che tidak suka membazir. Sebab itu che mandi pakai 3 timba air saja. Che selalu suruh jangan membazir, che kata Nabi suruh berjimat guna air walaupun masa tu kita di tengah lautan!



Pada 24.4.1985 saya dengar emak minta che pergi pejabat pos ambil duit untuk perbelanjaan saya masuk ke tingkatan 6 sm tengku mahmud, besut. Che pun menunggang motosikal Honda C70 (che beli tunai tunai moto tu.) untuk ambik duit di pejabat pos kg.buluh. Oleh kerana masih awal dan pejabat pos pun belum buka, che pergi la ke kedai dulu..dan sewaktu menyeberang jalan itulah motosikal yang ditunggang che telah dilanggar oleh sebuah teksi. Che terus dibawa ke hospital besar K.Terengganu dan meninggal dunia di sana. Jenazah che dibawa balik dan sampai menjelang senja. Emak dan saudara mara memutuskan upacara pengkebumian akan diadakan pada keesokan harinya. Malam itu jenazah che ditempatkan di atas katil dalam bilik. Sayalah satu-satunya orang yang tidur di atas tikar dalam bilik itu. Saya tidak berasa takut, saya rasa itulah sumbangan terakhir saya pada arwah che sebelum dia dikebumikan.Sepanjang malam saya pandang jenazah arwah che yang ditutup dengan kain dan sehelai serban. Nampak wajah che kelihatan tenang seperti orang sedang tidur. Walaupun che meninggal akibat kemalangan jalan raya, syukurlah kerana fizikal che tak terjejas, hanya sedikit calar di tangannya. Waktu itu kesedihan saya tak terasa sangat sebab dia masih ada di hadapan saya, tetapi selepas che pergi saya berasa sangat rindu padanya. Kadang-kadang macam terdengar-dengar bunyi motor che balik ke rumah bawa balik adik saya dari sekolah. Waktu itulah kerinduan saya rasa bagai tak terbendung lagi....



Setelah 24 tahun che pergi, sayapun sudah ada suami dan 4 orang anak. Tapi kenangan bersama che tidak kunjung padam.Saya ada banyak lagi cerita tentang che saya. Mengenang che akan menjadikan air mata mengalir tak henti-henti. Sebaris ayat dari emak," Kalu mu sayang che mu,sentiasa doakan dia dan jadilah anak yang soleh.Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah che dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Baca lagi>>

Monday, April 6, 2009

Satu pelajaran

Saya telah menjadi guru selama lebih kurang 20 tahun. Posting pertama di SK Batu Gajah, Kelantan pada 1.1.1989. Kemudian bertukar mengikut suami ke negeri Tok Gajah ini setahun kemudian dan terus menetap di sini sehinggalah sekarang. 20 tahun juga saya menjadi guru kelas, dari kelas Tahap 1, Tahap 2 dan sekarang Prasekolah. Saya telah menerima pelbagai jenis surat daripada ibubapa, panggilan telefon atau berhadapan terus dengan ibu bapa.
Hari ini saya terima sepucuk surat daripada seorang penjaga. Suratnya biasa-biasa saja, ditulis dengan tulisan tangan yang cantik. Tulispun di atas kertas biasa saja (koyak dari buku log...ala, buku tulis besar berkulit keras tu!). Surat bertarikh 6.4.2009 itu memberitahu perihal ketidakhadiran anaknya ke kelas saya. Jadi surat itu surat rasmi cuma tidak ikut format surat rasmi seperti yang saya ajar pada murid-murid saya dulu.
Tapi... surat ini lain, lain daripada yang pernah saya terima dulu! Ayat-ayatnya dari pembukaan begitu menyejukkan hati. Saya tidak pernah membaca surat yang sebegitu dari penjaga murid. Surat itu dimulakan dengan tulisan jawi bertulis Bismillah dan Assalamualaikum yang sangat cantik. Seterusnya diikuti dengan ayat ini:
Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan dan ilmu yang dikurniakan Allah kepada cikgu.
Hati saya jadi terharu, sebab ini doanya untuk saya...guru yang mengajar anaknya di kelas prasekolah. Mungkin ini biasa pada orang lain, tapi saya melihat keikhlasan pada orang yang menulisnya. Dia mendoakan Allah memberkati dan merahmati kehidupan saya dan ilmu yang Allah berikan kepada saya. Bukankah dalam hidup kita, itulah yang kita inginkan? Saya melihat penulis ini mengajar anaknya menghormati guru, rasanya jika ibubapa terus menyemai sikap ini dalam diri anaknya , berkatlah ilmu yang anak dia dapat.
Saya melihat sikap bapa ini amat berbeza dengan kisah bapa dalam blog adik saya
( http://adamtajuddin.blogspot.com). Membaca surat tadi membuat saya bermuhasabah diri. Saya mendapat satu pelajaran yang berguna. Sayapun ada anak, tak lah ramai..4 orang saja. Semua anak saya masih belajar dan mereka juga ada guru kelas. Saya rasa saya juga patut mendoakan keberkatan guru-guru anak saya. InsyaAllah, selepas ini saya akan sentiasa mendoakan mereka dan semoga keberkatan itu juga sampai kepada anak saya...dan semoga Allah juga memberkati dan merahmati kehidupan guru-guru yang pernah mengajar saya dari dulu, kini dan akan datang. Semoga Allah juga mengampunkan dosa-dosa mereka.
Catatan : Sebenarnya saya dah scan surat tu, tapi tak ada siapapun yg nak ajar saya bagaimana nak
masukkan ke sini.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya orang tua baru belajar,
Mana tak tau tolong ajarkan!

Baca lagi>>

Monday, March 23, 2009

Ramai Guru Sakit jiwa

Saya tertarik hati dengan petikan berita dari surat khabar kosmo! hari ini. Rencana ditulis oleh Siti Nor Afzan Kasimin.Cuba-cuba lah hayati dan fahami situasi guru-guru di Malaysia sekarang:
Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.
BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.
Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. “Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

(saya tak mahu nak ulas apa-apa, tapi lihatlah di sekeliling kita. Tidakkah kelihatan tanda-tanda seperti di atas pada diri kita atau orang yang kita sayang? Bantulah diri kita dan sahabat kita keluar dari tekanan!)
Baca lagi>>

Tuesday, March 10, 2009

Hmm...bila buka blog adik-adik saya, tak da cerita lain, semua asyik jalan-jalan. Sayapun mula muhasabah diri. Memang dah agak lama kami tak jalan-jalan. Si Idris pun asyik merungut-rungut nak gi berenang, (Rupa-rupanya Idris pandai berenang walaupun tak ada siapa ajar).Bila balik kampung dia mesti merajuk sebab walaupun sepanjang jalan balik ke Terengganu kami lalu ikut tepi pantai, kami tak singgah pun bawa dia mandi laut...maklum nak kejar masa, kalau mandi laut bukan boleh sekejap-sekejap! Lepas tu emak ayah pun letih nak drive jauh-jauh pulak tu! Jadi, walau nampak zalim, kami buat-buat tak dengar je permintaannya.

Beberapa hari lepas dia terjumpa gambar terkini kawasan rekreasi Lembah Kiol daripada blog Abelijoro, dia pun start merengek nak gi sana. Dulu-dulu kami kerap juga ke sana, last pun dah beberapa tahun lepas. Last pergi tu musim kemarau, air cetek...banyak daun-daun di dasar sungai. Lepas tu badan saya dan Idris merah-merah dan gatal-gatal, terpaksa gi farmasi beli ubat. Hairannya suami dan anak-anak lain ok je.So, saya pun rasa serik dah nak gi sana.Sungai-sungai lain jauh. Sungai Pahang dan Sungai Jelai yg tak jauh dari rumah ibu mertua saya terlalu besar dan dalam, tak sesuai untuk mandi-manda.Ada juga rancang nak gi berkelah kat Taman Negara, tapi tak jadi-jadi.

Tengok Na & family berkelah kat Ulu Seladang kelmarin, hati saya rasa membuak-buak nak ke sana. Dulu-dulu ada juga member sekolah dari Ulu Seladang, tapi tak pernahpun berhajat ke sana walaupun tempat tu tak lah jauh mana daripada rumah mak di Kg.Rahmat. Macamana agaknya di Ppayung? Lata Belantan? Saya berharap cuti sekolah minggu depan dapatlah merealisasikan hajat anak-anak terutama Idris untuk mandi-manda di sungai atau laut. Tapi...

Saya baru ingat, saya baru dapat surat jadi pengawas PTK pada 17,18 dan 19 Mac ini. 14 hb. saya ada last tutorial,( semester ni la saya lewat hantar assigment!) pastu ada setimbun kad undangan kenduri kahwin. Pastu nak hantar Aimi balik asrama pulak...

Apa-apapun tertakluk pada situasi semasa, may be saya boleh cuba ke Lembah Kiol semula. Mungkin air di sungai itu sudah bersih sekarang.
Inilah masa yang sesuai kerana cuti inilah semua anak-anak saya akan berkumpul semula.

Za,Na, Mah, Judin... kalau kita dapat bawa keluarga kita berkelah bersama mesti seronok kan?
Baca lagi>>

Sunday, February 22, 2009

Sibuk n busy!

Saya dah mula nak stress bila tengok senarai tugasan yang menimbun. Ada 3 assignment yang perlu dihantar Sabtu ini, tapi satupun belum siap. Menambahkan kesibukan lagi apabila Aimi pun akan mendaftarkan diri ke SBP Rabu ini, so sibuklah shopping apa yang patut, cari itu ini.

Semalam, Faiz balik dari Ipoh untuk tandatangan borang PTPNnya. Semalam juga saya terlepas mesyuarat SPKM (Standard Penentu Kualiti Murid) sebab x dapat maklumat. Pasal SPKM tu banyak jg la kerja nak kena buat dengan segera sebelum Selasa ini. Mcmana assignment saya? Dah la hari Rabu ni sibuk pendaftaran Aimi. Saya tidak mahu rekod A untuk tugasan saya lebur!

Akhirnya sayapun duduklah depan komputer ni. Pegang buku tu x kena, buku ni x kena...otak saya dah bersimpang siur! Last, saya menaip kat sini..he he, release tension la konon! Lepas ni saya akan sambung balik kerja saya. Babai!
Baca lagi>>

Sunday, February 1, 2009

Tolong translate!

Sekarang musim assignment. Semester ini saya kena wat jurnal berdasarkan satu kaji selidik. Saya dah cari bahan dan soalan untuk kaji selidik ni. Masalahnya banyak yang saya dapat tu dalam B.Inggeris. Nampak macam mudah je, tapi bagi orang yang bermasalah menguasai BI mcm saya ni, agak susah. Jadi tolonglah saya buat translation untuk soalan2 di bawah:

1. I engage in physical exercise on a daily basis.
2. When I don't exercise I feel guilty.
3. I sometimes feel like I don't want to exercise, but I go ahead and push myself anyway.
4. When I miss an exercise session, I feel concerned about my body possibly getting out of shape.
5. I may miss a day of exercise for no good reason.
6. Sometimes, I find that my mind wanders to thought about exercising.
7. I have had daydream about exercising.
8.I keep a record of my exercise perfomance, such as how long I work out, how far or fast I run.
9.I frequently "push myself to the limits."
10.I will engage in other forms of exercise if I am unable to engage in my usual form of exercise.

11.Do you often drink during training?
12.Do you eat in the first hour after training?
13.Do you take food/drinks with you when you travel?
14.Do you often eat out?
15.Do you check food labels?
16.Do you like try new foods when away from home?
17.Did you ever see a nutritionist?
18.Do you use nutrition supplements?

Cukup 18 dulu. Terima kasih.Semoga Allah membalas segala budi baik saudara/saudari.
Baca lagi>>

Tuesday, January 27, 2009

Cikgu Shuaib

Anda kenal Cikgu Shuaib? Cikgu Shuaib tu guru saya, masa saya kecik-kecik dulu. Saya tidak pernah lupa pada Cikgu Shuaib, tapi saya sudah tak ingat siapa ayah Cikgu Shuaib. Cikgu Shuaib ni orang Kedah, tapi tang mana tak tau la plk. Cikgu Shuaib mula mengajar saya pada tahun 1976, masa tu saya dalam darjah 3 di SK Kg Rahmat,Felda Chalok,Terengganu.( Masa tu dalam daerah Besut, sekarang dah dalam daerah Setiu). Saya sekolah sesi petang, saya cukup takut dengan Cikgu Shuaib sebab dia garang dan ada misai tebal ! Mula-mula masuk dia susun murid ikut nombor yang kita dapat masa peperiksaan akhir tahun darjah 2. Saya dapat no.3, dapat duduk baris depan...yang dapat no. last duduk belakang sekali. Saya suka bercakap, tapi masa kelas Cikgu Shuaib saya duduk diam-diam....takut!

Baru sebulan mengajar, Cikgu Shuaib kena mengajar sesi pagi, darjah 5. Masa tu kan ada peperiksaan penilaian darjah 5. Saya rasa lega...tak takut lagi. Tapi rupa-rupanya Cikgu Shuaib tahu saya takut pada dia, jadi dia terus menakutkan saya...

Begini, setiap petang semasa balik dari sekolah, dia akan berada kat pintu pagar sekolah dengan motosikalnya. Lupa lak motor jenis apa, tapi ala-ala RXZ gitu, model 70 an la. Saya lupa macamana ianya bermula, yang pasti setiap petang dia akan mengejar saya dengan motosikalnya itu! Saya lari..lari..lari.. dan lari, orang kata sampai kecik kepala-kepala! Lari laju-laju macam x cukup tanah! Bila nampak saja kelibat Cikgu Shuaib, saya terus campak beg sekolah saya yang berambu-rambu pada kawan saya," Tolong bawa beg aku!" dan sayapun mulalah berlari-lari ikut jalan shortcut, di belakang rumah orang-orang kampung saya. Cikgu Shuaib kejar ikut jalan biasa, bila dengar ngauman motornya hati saya jadi kecut bukan kepalang! Bila dia x dapat kejar saya, dia kejar pula kawan saya, Siti Hajar Abd.Rahman. Rumah kami jauh, sekolah di tengah-tengah. Siti Hajar di Kg.Teluk, saya pula di 'Lik Jatuh',tepi jalan besar K.Trg-K.Bharu dekat dengan Bukit No.1.

Tiap-tiap hari Cikgu Shuaib kejar kami berdua, tapi tak pernah kena tangkap pun! Tak tau lah kenapa dia mengejar kami dan sayapun tak tau kenapa saya mesti lari, yang pasti saat nak balik dari sekolah adalah masa yang paling menakutkan. Mata saya tercari-cari kelibat Cikgu Shuaib..kadang-kadang kawan saya bagitau,"Najmiah, tu Cikgu Shuaib!!". Apa lagi, lari lah! Semasa melarikan diri saya merempuh pelbagai onak dan duri, saya lari ikut padang yang penuh dengan kemuncut, saya menyorok di belakang gok(reban) ayam orang kampung...hatta di belakang tandaspun! Siti Hajarpun menempuh situasi yang sama jg.

Saya pernah mengadu perihal ketakutan saya dan perlakuan Cikgu Shuaib pada emak saya. Tapi emak saya buat tidak kisah dan anggap tiada apa-apa. Jadi, saya tidak mengadu lagi. Akhirnya tahun 1976 pun berlalu.

Pada 1977, saya masuk darjah 4 dan sekolah sesi pagi. Cikgu Shuaib masih mengajar di sekolah saya tapi dia sudah tidak mengejar saya lagi. Hidup saya aman dan tenteram. Sesekali terserempak dengan Cikgu Shuaib dan dia hanya tersenyum. 1978, Cikgu Shuaib jadi guru kelas saya, darjah 5A. Hari pertama di darjah 5, saya terkejut Cikgu Shuaib jadi guru kelas saya. Bila dia masuk ke kelas, terus dia tanya," Najmiah, tak takut saya lagi?"."Tak," saya jawab dalam takut-takut. Selepas itu Cikgu Shuaib terus mengajar saya seperti murid-murid yang lain. Sayapun belajar macam biasa seperti tiada apa-apa berlaku 2 tahun sebelumnya.

Tahun 1980, saya ke sekolah menengah...selepas itu saya dapat berita Cikgu Shuaib sudah bertukar balik ke Kedah.Saya rasa kehilangan...

Saya tidak tahu di mana Cikgu Shuaib sekarang. Dah lebih 30 tahun, saya agaknya beliau telah pencen. Sayapun telah jadi seorang guru...menyambung legasi Cikgu Shuaib! Kalau Cikgu Shuaib terbaca blog ni, saya ingin khabarkan bahawa kawan saya, anak murid cikgu dulu..Sarimah Harun telah pulang ke rahmatullah. Rosniah Ibrahim dah kahwin dengan W.Mohd Aidil. Abidin dah jadi ustaz, Jazlan dah jadi pegawai besar kat Petronas, Yusnah Yusuf pun jadi guru . Sekadar menyebut nama..biarpun sekampung,saya dah lama lost contact dengan mereka. Sesungguhnya saya tidak pernah lupa jasa dan bakti Cikgu Shuaib. Terima kasih cikgu.
Baca lagi>>

Friday, January 16, 2009

Aktiviti hari ini...

Hari ini saya dapati Nazrah asyik update gambar anak-anaknya. Sayapun cubalah update gambar-gambar saya pula...alamak, ilmu saya masih cetek! Saya belum belajar cara-cara nak update gambar! Tanya Idris, dia pun belum sampai lagi tahap tu! Yang tahu cuma Faiz, tapi dia dah di Ipoh sekarang ni. Saya rasa frust dan hampa. Tak apa..saya kan masih 'budak baru belajar', jadi tolonglah ajarkan saya macamana nak update gambar.

Hari ini saya mesyuarat pengurusan guru prasekolah daerah Jerantut, sehari suntuk! Saya dah mula rasa nak stress bila tengok senarai tugas yang agak panjang. Yang paling pening tentang rekod-rekod, buku stok-stok, fail-fail dan macam-macam lagi. Esok dah nak balik kampung, tentu banyak urusan yang akan tertunda! Tak apa, saya akan cuba buat sikit-sikit. Mujur juga banyak urusan rumah tangga saya 'sub' pada anak dara saya, Atiqah Nadzirah yang tengah tunggu result SPM sekarang ni. Jadi kuranglah sikit beban tugas saya.
Baca lagi>>

Tuesday, January 13, 2009

2, 3 hari ini saya agak sibuk ke hulu ke hilir. Sabtu 10 Jan saya, suami dan ibu mertua ke KLIA menjemput bapa mertua yang baru balik dari mengerjakan fardu haji.Alhamdulillah, bapa mertua saya sihat-sihat saja dan dapat mengerjakan semua rukun dan wajib haji dengan sempurna walaupun usianya hampir menginjak 80 tahun. Ahad 11 Jan, saya dan keluarga mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat. Bersyukur kerana bapa mertua sudah selamat kembali ke tanah air, syukur juga kerana anak sulungku Ahmad Faiz dapat ke Politeknik Ungku Omar dan doa selamat semoga dia berjaya dalam pengajiannya, juga doa selamat semoga anakku yang ke 3, Aimi Najihah berjaya dalam temuduga sbpnya minggu depan.

Isnin, 12 Jan, selepas tamat sesi persekolahan saya dan suami ke Ipoh pula untuk urusan pendaftaran PUO. Kami ikut laluan Genting Highlands - Batang Kali.Hampir senja baru sampai.Hujan lebat masa kami tiba, berpusing-pusing sekitar Simpang Pulai mencari hotel. Alhamdulillah, dapatlah satu hotel yang tengah buat promosi.Kami menginap di tingkat 5. Selesalah kami bertiga kat situ dengan bilik yang agak besar dan lengkap dengan pelbagai kemudahan spt tilam yang best utk 3 orang, aircond, tv dll dengan kos tak sampai RM 100!

...dan hari ini 13 Jan, bermulalah kehidupan anak saya di kampus PUO dalam jurusan kejuruteraan perkapalan.Selesai pendaftaran, kami cari rumah sewa pula kerana asrama telah penuh. Syukur, dapat rumah yang dekat dengan PUO dan ada kemudahan asas secukupnya termasuk katil, tilam, mesin basuh, peti sejuk dll. Pendek kata macam duk kat rumah sendiri la.Saya meninggalkan anak saya tengahari itu dengan harapan agar dia berjaya dengan cemerlang dan dapat menyesuaikan diri dan selesa dengan persekitaran baru...

Saya sampai ke rumah ketika azan Maghrib sedang berkumandang di surau hadapan rumah saya. Rasa penat dan mengantuk, tapi bila saya buka blog adik saya..amie, rasa tercabar la pulak. Tapi tak dapat nak update gambar lagi sebab nak buat rancangan mengajar untuk esok dan bermacam lagi hal-hal berkaitan sekolah...tunggu!
Baca lagi>>

Monday, January 5, 2009

Tahun Baru 2009

Assalamualaikum, selamat tahun baru 2009 untuk semua umat di atas muka bumi ini.Sebenarnya saya tak tahu apa yang hendak ditulis di sini. Seumur hidup saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi penulis blog atau mempunyai blog sendiri...tidak pernah! Menulis e-mail pun tak pernah.Komputer dan internet ni pun tahu sikit-sikit saja.( Terukkan?)
Sebenarnya saya dipaksa menulis oleh anak bongsu saya, Muhammad Idris yang baru masuk tahun 5 hari ini...tak tahulah di mana dia belajar benda-benda ni semua. Tiba-tiba balik dari sekolah, lepas makan dia terus mengadap komputer, pastu panggil saya untuk menulis kat blog ni. Lain-lain dia buat semua.
Saya ada berhajat untuk mencari kawan-kawan yang terpisah lepas tamat belajar di MPTAA 20 tahun dulu. Rasa baru lagi, tapi rupanya dah 20 tahun! Ke mana agaknya menghilang Mimi Shahrizad Ahmad, Nasriah Yusoff, Marhaini, Mazlina....depa ni semua orang Kedah. Rindu juga pada Miskiah Budarto (Sabak Bernam), Norlida Abd Jalil (Trg) dll.
Sebab itu bila anak saya suruh menulis kat sini, saya pun cuba-cubalah. Mana tahu yang jauh boleh didekatkan, yang hilang boleh bertemu kembali.
Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH