Saya merancang nak bawa murid belajar kat luar sebab minggu ni tema tumbuhan. Sayangnya pagi2 lagi hujan telah turun..(hujan rahmat ni!) Saya nak ajar bahagian2 tumbuhan, so terpaksalah guna plan B. Merayaulah saya cari pokok dalam hujan renyai2 dan cabut beberapa anak pokok & bawa masuk ke dalam kelas. Saya ni memang allergic dengan encik nazir ni, jadi otomatik saya rasa kenyang & kantin sekolah saya telah kehilangan seorang pelanggan tetapnya hari ini.
Bagai diduga, jam 9.30pg, masuklah seorang encik nazir yg tak berapa muda ke kelas saya. Mujur tgk encik ni ok je. Dia tanya itu ini dan saya pun jawablah itu ini. Pastu saya bagitau dia lepas rehat saya nak ke Kuantan untuk majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan anak saya terpilih menerima Anugerah Menteri Besar. Dia pun kata alhamdulillah dan ucap tahniah. Oleh kerana agak sibuk, jam 11 baru saya dapat keluar dari sekolah. 12.30 ketika OTW ke Kuantan encik nazir telefon saya bagitau ada perjumpaan dgn semua guru jam 1 tgh. Sayapun terpaksalah minta maaf dan bgtau saya dahpan jauh dari sekolah. Peliknya org lain tak call pulak.
Setelah cilok2 jam 1.15 saya, suami dan anak bongsu sampailah kat Tg.Lumpur. Sempat lagi gi lunch dulu sbb perut saya dah rasa pedih2, maklum x mkn sejak pagi lagi. 1.40 kamipun sampailah ke Kompleks Yayasan Pahang. Aimi Najihah, anak saya yang sepatutnya menerima Anugerah Menteri Besar Pahang tidak dapat hadir sama dalam majlis ini, jadi setelah memujuk rayu adiknya Muhammad Idris akhirnya sudi menjadi wakil.
Atas ni surat yang disertakan dalam 'Buku Sijil' (ke ada nama lain?).Manakala kat bawah inilah
Sijil AnugerahMenteri Besar Pahang. Tapi font yg digunakan tersangatlah kecilnya.
Mata saya yg dah beransur rabun ni puas jugalah pejam celik tengok sijil ni.
akaun SSPN Aimi. Sayangnya saya tak tanya pulakla berapa jumlah duit tersebut!
Haa..inilah Aimi Najihah bt Abdull Razak, orang yang sepatutnya naik ke pentas untuk menerima anugerah .
..dan sebaliknya diwakili oleh adiknya Idris.( Tgk gambar kat bawah ni. Menteri Besar, Tuk Nan kata,"smart nampak!). Nampaknya Aimi seorang saja penerima anugerah yg diwakili oleh adik, majoriti ambik sendiri dan lain-lainnya oleh emak atau ayah..dan ada seorang lagi diwakili oleh guru.
..dan sebaliknya diwakili oleh adiknya Idris.( Tgk gambar kat bawah ni. Menteri Besar, Tuk Nan kata,"smart nampak!). Nampaknya Aimi seorang saja penerima anugerah yg diwakili oleh adik, majoriti ambik sendiri dan lain-lainnya oleh emak atau ayah..dan ada seorang lagi diwakili oleh guru.
Yang terbongkok2 menulis kat kaunter pendaftaran tu sayala..
Sementara itu suami saya menguruskan pendaftaran di kaunter SSPN.
Muhammad Idris bersama-sama penerima anugerah di round table yang telah dikhaskan.
Saya tak dapat nak ambik gambar Idris kat atas pentas sebab kat depan pentas penuh dgn jurugambar profesional, tapi kami dimaklumkan setiap penerima anugerah akan menerima gambar mereka yg akan diposkan terus ke rumah. Boleh juga didownload dari laman web Yayasan Pahang beberapa hari lagi. Nanti kalau ada saya akan masukkan dalam blog ini.
Saya tak dapat nak ambik gambar Idris kat atas pentas sebab kat depan pentas penuh dgn jurugambar profesional, tapi kami dimaklumkan setiap penerima anugerah akan menerima gambar mereka yg akan diposkan terus ke rumah. Boleh juga didownload dari laman web Yayasan Pahang beberapa hari lagi. Nanti kalau ada saya akan masukkan dalam blog ini.
Dah selesai majlis, masa untuk makan2. Ada nasi dagang, bihun goreng, pelbagai kuih muih dll. Ini je gambar makanan yang saya ambik sebab dah tak sabar nak makan. Lagipun saya bukan macam Azimah, nak ambik gambar banyak2 rasa malu( sayakan pemalu, he he) sebab saya tgk orang lain tak ambikpun gambar makanan tu!
Lepas makan, kami pergi semula dewan utama untuk sesi bergambar. Idris dah masam sebab penat & letih. Masa ni pun dah dekat 5.45 ptg.
Majlis dahpun selesai. Kamipun bawalah pulang sijil & plak kaca. Idris merengek2 nak mandi laut. Sian, sebab byk kali dah dia hampa. Jadi walaupun dah 6.15ptg sempat jugalah gi Teluk Chempedak bawa dia mandi jap. Mandilah dia sorang2 setengah jam. Saya tak ambik gambar sebab telefon tinggal dalam kereta. Pastu kami singgah jap rumah abang ipar saya kat Perumahan Tok Sira. Then terus balik ke Jerantut. Pkl 11.00 malam baru sampai rumah. Penatnya. Idris sibuk minta saya wat entry baru, tapi tak larat dah. Lepas mandi buka komputer, terbaca pulak blog Azimah yg panjang lebar tu..(rajin sungguh adik saya ni menulis!).
Hari ini hari jadi saya ke 42! Tua dah saya ni, anakpun dah besar2 belaka. Pagi2 lagi Azimah dah hantar mesej ucap selamat hari jadi, saya masih lagi bergolek peram-peram tido. Pastu adik lelaki saya Tajuddin pula telefon masa saya tengah mengajar. Pastu saya telefon pula Kak Long saya kat Kuching sebab sayakan dpt XPax percuma minggu ni. Tengahari anak saya, Faiz antar mesej. Adik saya,Zaharah plk call.
Pastu saya dpt surat panggilan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Transformasi Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan: Program Rintis. Mesyuarat tu dari 17-20 Mei ini kat Grand Continental Kuantan. Alamak, saya ada temujanji dengan dr pada 18 Mei ini! So, lepas lunch sayapun gi ke Hosp.Jerantut utk wat persiapan awal sebelum gi mesy nanti. Sebelum tu sorang lagi adik, Nazrah call juga ucap selamat kat saya.Biasa saya drive sendiri, tapi sebab inikan birthday saya...jadi suami sayapun menawarkan diri untuk hantar saya. Masa kat sana, emak saya pulak call ucap selamat hari jadi. Mak doakan saya sihat, murah rezeki, ceria selalu,diberkati oleh Allah.
Akhirnya saya pun dapat antibiotik baru & ubat batuk baru. Saya diberitahu ubat batuk tu MIST AMMONIUM IPECACUANHA tak sedap. Saya kata,"tak apa la. Namapun ubat. Kalau sedap bukan ubat namanya." Rupa-rupanya ubat tu memanglah tersangat tidak sedap, bahkan paling tak sedap pernah saya minum. Tqah try ubat tu, katanya rasa ubat itu sungguh dahsyat!!Tak tahu macamana nak cerita akan ketidaksedapannya, namun kerana ianya adalah ubat..maka saya telan jua! Harap2 berbaloi dan batuk ni segeralah pergi.
Balik dari hospital suami bawa saya ke KFC untuk celebrate birthday saya. Nampaknya minum petang kami tak berapa romantik kerana gangguan batuk saya ni..tapi dalam batuk2 tu 2 ketul ayam goreng selamat masuk perut saya. Terima kasih pada semua ahli keluarga yg tak pernah lupa birthday saya. Terima kasih untuk suami dan anak-anak. Moga-moga, ketuaan dan kedewasaan saya ini akan lebih mematangkan tindak tanduk saya. Terima kasih atas sokongan semua dan semoga doa-doa kalian untuk saya akan dimakbulkan Allah. Amin.
Tahniah kat Aimi. Pastu Hensem btul si Idris pakai formal camtu, nanti boleh ambik untuk sendiri pulak ye. Dan SELAMAT HARI JADI.. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu.
ReplyDeletecongrats untuk segala2nya, untuk aimi, mak bapaknya, idris, dan semua2lah... alaa nak malu apa nyer ambik gambar makanan, redah jer... kenangan tu...
ReplyDeletep/s i memang suka menulis, agaknya tercapai tak cita2 i nak jadi penulis suatu hari nanti?
Tahniah utk Aimi dan selamat berjaya utk Idris ( moga ikut jejak Aimi). Selamat Hari Lahir utk Kak G semoga hari2 mendatang, byk lagi kebahagiaan akan menyusul. Amin
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTahniah untuk kak Najmiah dan adik AIMI. Segala pengorbanan ibu dan ayah terbalas dek kejayaan adik Aimi. Saye tumpang gembira. Semuenyer berpunca daripada keluarga yang bahagia. Amin
Judin, Imah, Ta & Haiza,
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan kalian. Mudah2an kejayaan & kebahagiaan ini berterusan hendaknya.