Oleh kerana saya dah pandai upload gambar, jadi mari tengok gambar sekitar prasekolah saya & telatah murid-muridnya.
Ni pandangan dari luar. Grill tu saja ditutup, kalau tak budak kat dalam tu
asyik melompat keluar je.
Budak kecik ni namanya Elham Emir. Banyaknya mulut dia... Selalu dia datang bertepek kat sebelah saya.Kadang2 gosok2 lengan cikgu, kadang2 melentok kepala kat bahu cikgu. Hari ni dia buat latihan buku tulisnya atas belakang saya! Bertuah sungguh budak sorang ni!
Ni pulak Muhammad Najmie. Nakal, tapi pandai. Pantang kalau saya bagi keluar kat taman permainan pra, dia akan berlari tangkap katak. Kesian, sampai lembek katak tu dikerjakan. Mujur, lepas beberapa kali warning..tak buat dah. Semangat setiakawannya sangat bagus, kalau buat apa2 mesti ingat kat member. Satu hari dia tarik tudung seorang budak perempuan. Menangisla budak tu. Saya pun tanya:
Saya : Kenapa Najmie tarik tudung Akhila?
Najmie : Saja je.
Saya : Saja je? Oo..rupanya Najmie nak pakai tudung ya? Nanti cikgu bagi tudung Akhila kat Najmie, pastu Najmie tak boleh jadi Najmie lagi la..tukar nama jadi NAJMIAH pulak!
Murid lain: Ha ha ha ha ha ha
Imah, tengok! Ni anak patung Mr.Bean yang di bawa oleh anak murid saya Qistina Auni. Saya ambik anak patung tu, sebab semua murid sedia maklum kalau bawa mainan ke sekolah akan dirampas. Jadi, kalau sayang mainan, simpan dan main kat rumah. Dia cakap," Ambik la.." Tup-tup, bila semua murid dah balik saya tengok anak patung tu pun dah hilang. Rupa2nya tuan dia ambik senyap2 bawa balik ke rumahnya.
Tengoklah si Qistina Auni ni. Budaknya comel dan sentiasa tersenyum. Maknya (cikgu sekolah saya gak) risau sangat sebab dia ni manja . Tapi saya tengok ok je. Awal tahun huruf pun tak berapa kenal, tapi baru masuk bulan ke 5, dah boleh membacapun! Rajin, selalu tolong kemas kelas.
Hari ini agak sibuk. Sekolah saya sedang bersiap-siap untuk dilawati oleh panel penilai (Nazir) Anugerah Sekolah Cemerlang. Petang ini saya kena gi sekolah untuk gotong-royong n touch up mana-mana yg tak beres. Semua orang kelihatan teruja... sebenarnya sekolah kami dah tercalon sejak 2007 lagi, tapi tak tahu di mana silapnya sampai ke sudah penilai tak datang menilai. Jadi, dengan semangat waja guru besar kami tidak putus asa dan bertanding lagi tahun ini.Mudah-mudahan ASC tu jadi milik kami tahun ini. Secara logiknya sekolah saya tu memanglah tersangatlah layaknya dengan senarai kejayaan yang panjang..Johan 3K Kebangsaan pun kami dah dapat. Tapi kami semua berpegang pada "Rezeki di tangan Tuhan". Jadi, kalau ada rezeki dapatlah dan Alhamdulillah. Kalau tidak..pasrah dan redha.
moga tahun ni ada rezeki
ReplyDeleteGood luck, semoga berjaya taun ni.
ReplyDeletela siannyer kak g tak sihat, gi la jumpa doktor lain pulak... anyway, mcmn lah agak nya mengajar budak pra ek, tak leh bayangkan kalau kena ajar 10 orang budak yg mcm Aleeya, Azri, etc... Memang sabar la cikgu2 pra ni, salute lah! Tapi cute juga bebudak ni kan.
ReplyDeleteMemang orang kata cikgu pra ni sabar.Kawan2 saya pun kata saya sabar. Dia orang tak tahu kadang2 time naik angin,kaki tangan pun naik sama..ha ha!
ReplyDelete