Selamat Hari Guru juga untuk adik bongsu saya, Azimah yg baru saja selesai persembahan Chorasical di majlis sambutan Hari Guru Pkat Ksaan di TTI, Terengganu. Juga untuk adik saya, Nazrah yg baru dilantik guru akademik Ting 6 DG44 baru ni. Tak lupa untuk adik-adik ipar, Wan Haslita yg baru selesai mengemas bilik peperiksaan sekolahnya kat Pandan Mewah pd hari guru ini, untuk Naiman, guru ragbi yg beristerikan adikku yg sentiasa sibuk, untuk Azhar, guru Fizik kat TIPTOP. Selamat hari guru juga utk diriku sendiri yg dah berada di kerjaya ini selama 20 tahun.
Saya seorang yang sentimental dan suka 'bermain dengan perasaan' ( ha ha,, perasan sendiri ni!) Saya selalu rasa sebak di hari guru ini terutama apabila TV adakan tayangan2 atau dokumentasi khas sempena hari guru. Saya rasa kerjaya ini sangat mulia, lebih-lebih lagi bila kita menjalankan tugas dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab. Bila tengok pengorbanan guru-guru yg mengajar di kawasan pedalaman atau pulau2 seperti di Sabah & Sarawak..saya tabikla dgn mereka ni. Sungguh guru bagai dian, membakar diri untuk menerangi orang lain.
Saya pun rasa terharu bila dengar lagu Guru Malaysia. Selalu saya rasa nak menangis bila menyanyikan lagu ini ketika sambutan hari guru setiap tahun. Liriknya bukan lirik biasa, ia adalah sumpah dan janji..ia adalah satu ikrar. Lihat sajalah perenggan akhir..terasa menusuk kalbu. Peliknya guru2 lain kelihatan riang gembira saja, saya saja yg kontrol air mata jgn sampai terlebih-lebih pulak! Kata adik ipar saya, Naiman yg pernah jadi sukarelawan NAVY: Lagu NAVY memang semangat tapi tak dapat menandingi lagu Guru Malaysia.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Selamat Hari Guru untuk semua guru yg pernah mengajar saya, guru-guru Al Quran saya dan siapa saja yg pernah mengajar saya secara langsung dan tidak langsung. Selamat Hari Guru juga untuk semua guru yg sedang berkhidmat di seluruh negara. Teruskan khidmat murni kita demi anak bangsa tercinta.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. Terima kasih cikgu.
saya pun selalu sayu bila nyanyi lagu Guru. Tak tahu nape. Mungkin sbb rs tanggungjawab kita terlalu berat n rs mcm tak mampu membawanya
ReplyDeleteItula tanda guru yang jujur dan ikhlas dalam pekerjaan, semoga mendapat balasan yg setimpalnya di dunia dan di akhirat nanti, insyaAllah.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSelamat Hari Guru. Lagu 'Guru Malaysia' sangat simbolik bagi cikgu2.Tapi timbul semangat bile mendengarnyer.
happy teacher's day to kak G too. And congrats to abg jak gak, dasyat gak sekolah dia eh...
ReplyDeleteAnyway, tadi masa dalam dewan, I menitik air mata masa ada tayangan pasal guru2 di pedalaman, kena angkat motor harung sungai, terbalik motor, bandar terdekat 40km away... Memang salute cikgu2 tu kan. Lagu Guru Malaysia memang best, kitorang audience nyanyi lagi kuat dari kumpulan koir on stage tu!
slm... selamat hr guru juga heh heh
ReplyDelete