Tuesday, January 27, 2009

Cikgu Shuaib

Anda kenal Cikgu Shuaib? Cikgu Shuaib tu guru saya, masa saya kecik-kecik dulu. Saya tidak pernah lupa pada Cikgu Shuaib, tapi saya sudah tak ingat siapa ayah Cikgu Shuaib. Cikgu Shuaib ni orang Kedah, tapi tang mana tak tau la plk. Cikgu Shuaib mula mengajar saya pada tahun 1976, masa tu saya dalam darjah 3 di SK Kg Rahmat,Felda Chalok,Terengganu.( Masa tu dalam daerah Besut, sekarang dah dalam daerah Setiu). Saya sekolah sesi petang, saya cukup takut dengan Cikgu Shuaib sebab dia garang dan ada misai tebal ! Mula-mula masuk dia susun murid ikut nombor yang kita dapat masa peperiksaan akhir tahun darjah 2. Saya dapat no.3, dapat duduk baris depan...yang dapat no. last duduk belakang sekali. Saya suka bercakap, tapi masa kelas Cikgu Shuaib saya duduk diam-diam....takut!

Baru sebulan mengajar, Cikgu Shuaib kena mengajar sesi pagi, darjah 5. Masa tu kan ada peperiksaan penilaian darjah 5. Saya rasa lega...tak takut lagi. Tapi rupa-rupanya Cikgu Shuaib tahu saya takut pada dia, jadi dia terus menakutkan saya...

Begini, setiap petang semasa balik dari sekolah, dia akan berada kat pintu pagar sekolah dengan motosikalnya. Lupa lak motor jenis apa, tapi ala-ala RXZ gitu, model 70 an la. Saya lupa macamana ianya bermula, yang pasti setiap petang dia akan mengejar saya dengan motosikalnya itu! Saya lari..lari..lari.. dan lari, orang kata sampai kecik kepala-kepala! Lari laju-laju macam x cukup tanah! Bila nampak saja kelibat Cikgu Shuaib, saya terus campak beg sekolah saya yang berambu-rambu pada kawan saya," Tolong bawa beg aku!" dan sayapun mulalah berlari-lari ikut jalan shortcut, di belakang rumah orang-orang kampung saya. Cikgu Shuaib kejar ikut jalan biasa, bila dengar ngauman motornya hati saya jadi kecut bukan kepalang! Bila dia x dapat kejar saya, dia kejar pula kawan saya, Siti Hajar Abd.Rahman. Rumah kami jauh, sekolah di tengah-tengah. Siti Hajar di Kg.Teluk, saya pula di 'Lik Jatuh',tepi jalan besar K.Trg-K.Bharu dekat dengan Bukit No.1.

Tiap-tiap hari Cikgu Shuaib kejar kami berdua, tapi tak pernah kena tangkap pun! Tak tau lah kenapa dia mengejar kami dan sayapun tak tau kenapa saya mesti lari, yang pasti saat nak balik dari sekolah adalah masa yang paling menakutkan. Mata saya tercari-cari kelibat Cikgu Shuaib..kadang-kadang kawan saya bagitau,"Najmiah, tu Cikgu Shuaib!!". Apa lagi, lari lah! Semasa melarikan diri saya merempuh pelbagai onak dan duri, saya lari ikut padang yang penuh dengan kemuncut, saya menyorok di belakang gok(reban) ayam orang kampung...hatta di belakang tandaspun! Siti Hajarpun menempuh situasi yang sama jg.

Saya pernah mengadu perihal ketakutan saya dan perlakuan Cikgu Shuaib pada emak saya. Tapi emak saya buat tidak kisah dan anggap tiada apa-apa. Jadi, saya tidak mengadu lagi. Akhirnya tahun 1976 pun berlalu.

Pada 1977, saya masuk darjah 4 dan sekolah sesi pagi. Cikgu Shuaib masih mengajar di sekolah saya tapi dia sudah tidak mengejar saya lagi. Hidup saya aman dan tenteram. Sesekali terserempak dengan Cikgu Shuaib dan dia hanya tersenyum. 1978, Cikgu Shuaib jadi guru kelas saya, darjah 5A. Hari pertama di darjah 5, saya terkejut Cikgu Shuaib jadi guru kelas saya. Bila dia masuk ke kelas, terus dia tanya," Najmiah, tak takut saya lagi?"."Tak," saya jawab dalam takut-takut. Selepas itu Cikgu Shuaib terus mengajar saya seperti murid-murid yang lain. Sayapun belajar macam biasa seperti tiada apa-apa berlaku 2 tahun sebelumnya.

Tahun 1980, saya ke sekolah menengah...selepas itu saya dapat berita Cikgu Shuaib sudah bertukar balik ke Kedah.Saya rasa kehilangan...

Saya tidak tahu di mana Cikgu Shuaib sekarang. Dah lebih 30 tahun, saya agaknya beliau telah pencen. Sayapun telah jadi seorang guru...menyambung legasi Cikgu Shuaib! Kalau Cikgu Shuaib terbaca blog ni, saya ingin khabarkan bahawa kawan saya, anak murid cikgu dulu..Sarimah Harun telah pulang ke rahmatullah. Rosniah Ibrahim dah kahwin dengan W.Mohd Aidil. Abidin dah jadi ustaz, Jazlan dah jadi pegawai besar kat Petronas, Yusnah Yusuf pun jadi guru . Sekadar menyebut nama..biarpun sekampung,saya dah lama lost contact dengan mereka. Sesungguhnya saya tidak pernah lupa jasa dan bakti Cikgu Shuaib. Terima kasih cikgu.

3 comments:

  1. that was a very interesting story! dpt bayangkan ketakutan kak G masa tu. Harap2 kak G dapat jumpa cikgu Shuaib semula. Kalau ada gambar dia masa sekolah rendah dulu, apa kata Kak G scan and masukkan dlm blog ni?

    ReplyDelete
  2. Ada satu gambar kelas masa darjah 5, tapi dek kerana geram mendengar cerita emaknya, Faiz telah memangkah gambar wajah Cikgu Shuaib. Rasa geram sangat... nak marah pun tak boleh jg, dia baru 9 tahun masa tuh..nanti balik kg, I cuba selongkar cari gambar-gambar lama. Harap-harap ada.

    ReplyDelete
  3. U tau, I pernah terfikir bila lihat murid-murid kat sekolah la ni. Kalaulah ada lagi 'Cikgu Shuaib'macam Cikgu Shuaib I tu, mesti mak bapak dia bising, mungkin siap report polis, atau panggil TV3!Bayangkan I dikejar bukan sehari...tapi setahun!Tiap-tiap hari plk tu...mujur I berfikiran positif, X trauma pun! Tapi kenangan itu tetap kekal sepanjang hayat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH