Friday, January 16, 2009

Aktiviti hari ini...

Hari ini saya dapati Nazrah asyik update gambar anak-anaknya. Sayapun cubalah update gambar-gambar saya pula...alamak, ilmu saya masih cetek! Saya belum belajar cara-cara nak update gambar! Tanya Idris, dia pun belum sampai lagi tahap tu! Yang tahu cuma Faiz, tapi dia dah di Ipoh sekarang ni. Saya rasa frust dan hampa. Tak apa..saya kan masih 'budak baru belajar', jadi tolonglah ajarkan saya macamana nak update gambar.

Hari ini saya mesyuarat pengurusan guru prasekolah daerah Jerantut, sehari suntuk! Saya dah mula rasa nak stress bila tengok senarai tugas yang agak panjang. Yang paling pening tentang rekod-rekod, buku stok-stok, fail-fail dan macam-macam lagi. Esok dah nak balik kampung, tentu banyak urusan yang akan tertunda! Tak apa, saya akan cuba buat sikit-sikit. Mujur juga banyak urusan rumah tangga saya 'sub' pada anak dara saya, Atiqah Nadzirah yang tengah tunggu result SPM sekarang ni. Jadi kuranglah sikit beban tugas saya.

2 comments:

  1. Mujur ada Tiqah, gunakan khidmatnya sekarang semaksimum mungkin, hehe

    ReplyDelete
  2. senang je nak update gambar, kak G. Masa kak G tulis post ni kan ke ada banyak icon kecik2 kat atas tu, klik pada "add image" tu, nanti boleh la pilih gambar yg nak dimasukkan. The tip is: gambar yang nak letak kat bawah sekali kena masukkan dulu. Maksudnya kak G kena plan dulu la nak masukkan gambar mana. So upload dari yg bawah sekali ke atas. Nak faham lebih lanjut, balik kampung nanti i tunjukkan.

    P/S tak sabar nak tunggu result Tiqah pulak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH