Monday, January 5, 2009

Tahun Baru 2009

Assalamualaikum, selamat tahun baru 2009 untuk semua umat di atas muka bumi ini.Sebenarnya saya tak tahu apa yang hendak ditulis di sini. Seumur hidup saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi penulis blog atau mempunyai blog sendiri...tidak pernah! Menulis e-mail pun tak pernah.Komputer dan internet ni pun tahu sikit-sikit saja.( Terukkan?)
Sebenarnya saya dipaksa menulis oleh anak bongsu saya, Muhammad Idris yang baru masuk tahun 5 hari ini...tak tahulah di mana dia belajar benda-benda ni semua. Tiba-tiba balik dari sekolah, lepas makan dia terus mengadap komputer, pastu panggil saya untuk menulis kat blog ni. Lain-lain dia buat semua.
Saya ada berhajat untuk mencari kawan-kawan yang terpisah lepas tamat belajar di MPTAA 20 tahun dulu. Rasa baru lagi, tapi rupanya dah 20 tahun! Ke mana agaknya menghilang Mimi Shahrizad Ahmad, Nasriah Yusoff, Marhaini, Mazlina....depa ni semua orang Kedah. Rindu juga pada Miskiah Budarto (Sabak Bernam), Norlida Abd Jalil (Trg) dll.
Sebab itu bila anak saya suruh menulis kat sini, saya pun cuba-cubalah. Mana tahu yang jauh boleh didekatkan, yang hilang boleh bertemu kembali.

4 comments:

  1. congratulations my dear sis! welcome to the blogging world! tak lama lagi expert la tu! budak2 sekarang memang advance, diorang lagi IT savvy. Anyway, semoga nanti dpt jumpa kawan2 lama kak G seperti mana kitorang jumpa our old friends...

    ReplyDelete
  2. Hi Kak G, congratulation on your first post. Hope to read more of your posts later. Welcome to the blogging world. Enjoy writing! - Naim

    ReplyDelete
  3. Berkat tunjuk ajar semua orang, akhirnya berjayalah I untuk first time ni. Td I baru nampak blog Azhar, x aci sebab dia mendahului kakak iparnya!Lepas ni I nak cuba2 masukkan gambar supaya setaraf dengan u all!

    ReplyDelete
  4. kak G, ada tag kat blog I. Sila jawab ye... Adala bahan nak tulis!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH