2, 3 hari ini saya agak sibuk ke hulu ke hilir. Sabtu 10 Jan saya, suami dan ibu mertua ke KLIA menjemput bapa mertua yang baru balik dari mengerjakan fardu haji.Alhamdulillah, bapa mertua saya sihat-sihat saja dan dapat mengerjakan semua rukun dan wajib haji dengan sempurna walaupun usianya hampir menginjak 80 tahun. Ahad 11 Jan, saya dan keluarga mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan doa selamat. Bersyukur kerana bapa mertua sudah selamat kembali ke tanah air, syukur juga kerana anak sulungku Ahmad Faiz dapat ke Politeknik Ungku Omar dan doa selamat semoga dia berjaya dalam pengajiannya, juga doa selamat semoga anakku yang ke 3, Aimi Najihah berjaya dalam temuduga sbpnya minggu depan.
Isnin, 12 Jan, selepas tamat sesi persekolahan saya dan suami ke Ipoh pula untuk urusan pendaftaran PUO. Kami ikut laluan Genting Highlands - Batang Kali.Hampir senja baru sampai.Hujan lebat masa kami tiba, berpusing-pusing sekitar Simpang Pulai mencari hotel. Alhamdulillah, dapatlah satu hotel yang tengah buat promosi.Kami menginap di tingkat 5. Selesalah kami bertiga kat situ dengan bilik yang agak besar dan lengkap dengan pelbagai kemudahan spt tilam yang best utk 3 orang, aircond, tv dll dengan kos tak sampai RM 100!
...dan hari ini 13 Jan, bermulalah kehidupan anak saya di kampus PUO dalam jurusan kejuruteraan perkapalan.Selesai pendaftaran, kami cari rumah sewa pula kerana asrama telah penuh. Syukur, dapat rumah yang dekat dengan PUO dan ada kemudahan asas secukupnya termasuk katil, tilam, mesin basuh, peti sejuk dll. Pendek kata macam duk kat rumah sendiri la.Saya meninggalkan anak saya tengahari itu dengan harapan agar dia berjaya dengan cemerlang dan dapat menyesuaikan diri dan selesa dengan persekitaran baru...
Saya sampai ke rumah ketika azan Maghrib sedang berkumandang di surau hadapan rumah saya. Rasa penat dan mengantuk, tapi bila saya buka blog adik saya..amie, rasa tercabar la pulak. Tapi tak dapat nak update gambar lagi sebab nak buat rancangan mengajar untuk esok dan bermacam lagi hal-hal berkaitan sekolah...tunggu!
it's a good start... keep on writing. boleh jadi rekod bila dah tua2 nanti. cheh, mcm la muda lagi, ye dok?
ReplyDeleteanyway, faiz dah gi PUO ye. Harap faiz usaha sungguh2 kali ni. tak sabar nak tunggu aimi pulak dtg sini. kalau ada rezeki, jadi anak angkat cik su la pulak aimi nanti yer... hehehe...
InsyaAllah. Mari kita sama-sama berdoa agar Aimi dapat merealisasi impiannya, seterusnya dapat jadi anak angkat u!
ReplyDelete