Monday, April 6, 2009

Satu pelajaran

Saya telah menjadi guru selama lebih kurang 20 tahun. Posting pertama di SK Batu Gajah, Kelantan pada 1.1.1989. Kemudian bertukar mengikut suami ke negeri Tok Gajah ini setahun kemudian dan terus menetap di sini sehinggalah sekarang. 20 tahun juga saya menjadi guru kelas, dari kelas Tahap 1, Tahap 2 dan sekarang Prasekolah. Saya telah menerima pelbagai jenis surat daripada ibubapa, panggilan telefon atau berhadapan terus dengan ibu bapa.
Hari ini saya terima sepucuk surat daripada seorang penjaga. Suratnya biasa-biasa saja, ditulis dengan tulisan tangan yang cantik. Tulispun di atas kertas biasa saja (koyak dari buku log...ala, buku tulis besar berkulit keras tu!). Surat bertarikh 6.4.2009 itu memberitahu perihal ketidakhadiran anaknya ke kelas saya. Jadi surat itu surat rasmi cuma tidak ikut format surat rasmi seperti yang saya ajar pada murid-murid saya dulu.
Tapi... surat ini lain, lain daripada yang pernah saya terima dulu! Ayat-ayatnya dari pembukaan begitu menyejukkan hati. Saya tidak pernah membaca surat yang sebegitu dari penjaga murid. Surat itu dimulakan dengan tulisan jawi bertulis Bismillah dan Assalamualaikum yang sangat cantik. Seterusnya diikuti dengan ayat ini:
Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan dan ilmu yang dikurniakan Allah kepada cikgu.
Hati saya jadi terharu, sebab ini doanya untuk saya...guru yang mengajar anaknya di kelas prasekolah. Mungkin ini biasa pada orang lain, tapi saya melihat keikhlasan pada orang yang menulisnya. Dia mendoakan Allah memberkati dan merahmati kehidupan saya dan ilmu yang Allah berikan kepada saya. Bukankah dalam hidup kita, itulah yang kita inginkan? Saya melihat penulis ini mengajar anaknya menghormati guru, rasanya jika ibubapa terus menyemai sikap ini dalam diri anaknya , berkatlah ilmu yang anak dia dapat.
Saya melihat sikap bapa ini amat berbeza dengan kisah bapa dalam blog adik saya
( http://adamtajuddin.blogspot.com). Membaca surat tadi membuat saya bermuhasabah diri. Saya mendapat satu pelajaran yang berguna. Sayapun ada anak, tak lah ramai..4 orang saja. Semua anak saya masih belajar dan mereka juga ada guru kelas. Saya rasa saya juga patut mendoakan keberkatan guru-guru anak saya. InsyaAllah, selepas ini saya akan sentiasa mendoakan mereka dan semoga keberkatan itu juga sampai kepada anak saya...dan semoga Allah juga memberkati dan merahmati kehidupan guru-guru yang pernah mengajar saya dari dulu, kini dan akan datang. Semoga Allah juga mengampunkan dosa-dosa mereka.
Catatan : Sebenarnya saya dah scan surat tu, tapi tak ada siapapun yg nak ajar saya bagaimana nak
masukkan ke sini.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya orang tua baru belajar,
Mana tak tau tolong ajarkan!

3 comments:

  1. See, sebenarnya ramai yang menghargai dan menghormati jasa guru, cuma mereka tu selalunya senyapje, yag perasan diri lebih bagus dari orang lain tu selalunya yg terlebih bising. Semoga penghargaan begitu lebih mendorong supaya lebih bersemangat dalam karier yg mulia ini.

    ReplyDelete
  2. I feel touched with the letter as well. Scan la kat sini. Ala, tiqah tak reti ke? Just upload mcm upload gambar je...

    ReplyDelete
  3. Saya pun terharu bila masih ada ibubapa yg menghargai cikgu2 ni. Org kampung yang bersahsiah tinggi..payah nak jumpa kat bandar. Mrk hanya tahu serang cikgu kalau tegur perangai anak mcm hantu tu///

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH