Tuesday, November 30, 2010

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

Musim cuti sekolah, saya teringat kenangan ketika kecil-kecil dulu di kampung saya, Kampung Rahmat, Setiu,Terengganu. Pada sijil beranak saya tertulis tempat lahir Kg.Rahmat, Besut. 1985 daerah Setiu diwujudkan, jadi Kg.Rahmat diletakkan di bawah pentadbiran daerah Setiu pula.Kat sebelah ni peti surat rumah saya. Abang Li saya buat dengan kayu terpakai. Inilah laluan untuk naik ke halaman rumah saya. Ada beberapa pohon limau langkap di belakang peti...
Baca lagi>>

Wednesday, November 24, 2010

Konvokesyen OUM kali ke 9 2010

Sabtu 21 Nov 2010, saya sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur untuk urusan konvokesyen OUM. Pada mulanya saya rasa tidak bersemangat saja. Namun mengenangkan inilah majlis konvokesyen untuk ijazah pertama saya, maka saya kumpulkan kekuatan yang ada untuk ke majlis tersebut. Tambahan pula suami saya berulang kali berkata,"Pergilah, bukan selalu. Sekali seumur hidup."Anak no 2 saya, Atiqah Nadzirah tidak dapat turut serta kerana ada kelas. Jadi kami...
Baca lagi>>

Monday, July 12, 2010

Innalillahiwainnailaihirajiun

Sedar tak sedar, sudah agak lama saya tidak menulis blog. Sibuk? Tidaklah sangat, cuma komputer x berapa sihat selain mood menulis tak berapa ada.Senja Isnin lalu, bapa mertua saya menelefon membawa perkhabaran duka. Ibu saudara suami Hajjah Saudah bt Mat yang biasa kami panggil Mak Teh telah meninggal dunia di Hospital Besar Kota Bharu. Mak Teh ini...
Baca lagi>>

Sunday, May 16, 2010

Doa Untuk Guru

Semua telah sedia maklum 16 Mei setiap tahun adalah Hari Guru. Tarikh ini sangat bermakna bagi mengingati budi dan jasa yang telah ditaburkan oleh para guru seluruhnya.Siapakah guru sebenarnya? Guru bukanlah hanya guru yang mengajar di tadika, sekolah mahupun universiti sahaja. Guru ada di mana-mana. Siapa sahaja yang berilmu dan menyampaikan ilmunya...
Baca lagi>>

Saturday, May 15, 2010

Catatan 15 Mei 2010

15 Mei 1967, seluruh negara sedang meraikan sambutan Hari Belia kali pertama. Seorang ibu sedang bertarung nyawa melahirkan bayinya yang ke 4. Lebih kurang jam 10 pagi, lahirlah bayi perempuan comel seberat 9 paun (kira sendiri berapa kg). Setelah dibersihkan si ayah segera mengiqamatkan cahaya mata barunya. Sejurus kemudian beliau mula membuka almari...
Baca lagi>>

Tuesday, April 13, 2010

Che- Bhg 2

24 April datang lagi. Inilah hari yang tidak dapat tidak pasti membuatkan saya mengimbau semula kenangan lalu bersama lelaki hebat dalam hidup saya, Che. Tahun ini merupakan tahun ke 25 pemergian che yang saya sayangi. Sudah sesuku abad kami sekeluarga kehilangan dia..dan yang pasti hanya jasadnya hilang dari mata..tetapi memori, nasihat dan apa2...
Baca lagi>>

Selamat Ulang Tahun En.Abdull Razak bin Zainal

Hari ini, 13 April 2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran suami saya yang ke....50! Dah masuk angka setengah abad, ni jubli apa ya..emas, intan, perak atau gangsa?Hari ulang tahun atau hari jadi hanyalah merupakan satu angka menandakan pertambahan usia...namun membawa pengertian yang berbeza bagi setiap orang. Saya turut berkongsi kegembiraannya menyambut ulang tahun kali ini. Ulang tahun ke 50 ini sangat istimewa kerana Abang Jak saya ini telah...
Baca lagi>>

Tuesday, January 5, 2010

Meriah dan letih...

Sudah 5 hari berada di tahun baru 2010. Selamat tahun baru untuk semua sanak saudara jauh dan dekat, handai taulan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Semoga tahun 2010 ini akan lebih baik bagi kita semua.2010 - Saya memasuki tahun ke-21 dalam kerjaya sebagai guru. Bunyi macam dah lama, tapi saya rasa masih baru dan masih banyak yang saya belum...
Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH