Tuesday, January 5, 2010

Meriah dan letih...

Sudah 5 hari berada di tahun baru 2010. Selamat tahun baru untuk semua sanak saudara jauh dan dekat, handai taulan dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini. Semoga tahun 2010 ini akan lebih baik bagi kita semua.

2010 - Saya memasuki tahun ke-21 dalam kerjaya sebagai guru. Bunyi macam dah lama, tapi saya rasa masih baru dan masih banyak yang saya belum berjaya sebagai guru. Azam saya, tahun ini saya akan dapat menyempurnakan lagi tugas-tugas guru yang mulia ini.

Namun..baru 2 hari persekolahan saya telah dapat rasakan bahawa tahun 2010 ini adalah tahun yang mencabar. Tahun ini bermula Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, yang mana melibatkan penambahan waktu P&P dari 3.5 jam ke 4 jam sehari iaitu bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. 4 jam sehari itulah (1200 minit + 30 minit perhimpunan= 1230 minit seminggu) saya akan berhadapan dengan karenah 25 orang murid prasekolah!

Lebih mencabar lagi, bahasa pengantar yang digunakan di prasekolah adalah 50:50, iaitu 600 minit menggunakan Bahasa Inggeris dan 600 minit lagi Bahasa Melayu! Subjek BI cuma 120 minit manakala selebihnya pandai2 kami guru pra lah nak guna masa mana. Bahasa Melayu pula termasuklah 120 minit Pend.Agama Islam (termasuk B.Arab), jadi BM cuma tinggal 480 minit sahaja seminggu. Matematik dan Sains diajar dalam BM... Mujur juga PAI diajar oleh guru agama, dapatlah bernafas sekejap...tapi minit tetap banyak 1230 - 120 = 1110 minit seminggu!

Hari ini pula sangat memenatkan. Pukul 7.15 saya dah tiba di sekolah. Sebaik meletakkan beg di kelas, saya dah dengar suara budak menangis. Saya buat2 tak dengar (atau tak perasan) terus menuju ke pejabat untuk mencatat kehadiran. Bila saya masuk ke kelas selepas itu, wah, meriah sungguh kelas saya! 3 orang murid sedang menangis dengan 3 ton suara yang berbeza. Seorang merengek, seorang sederhana dan seorang lagi melolong! Saya minta penjaga murid itu tinggalkan saja anaknya. Pembantu saya segera mengunci grill pintu. Apalagi, budak perempuan bernama Ummi itu terus menjerit sekuat-kuat hati! Dia memanjat grill setinggi-tinggi yang boleh dan menggoncang-goncang pintu grill tersebut. Saya berdiri berhampirannya, bersedia untuk menyambut kalau2 dia terjatuh. Saya yang tak berapa suka memujuk, terpaksalah memujuknya tapi tak jalan. Saya rasa kalau anak saya, lama dah kena lepuk! Segan pulak dengan sepasang penjaga yang duduk menunggu anak kat luar kelas. Apa pendekatan yang saya nak guna ni?Akhirnya saya tarik Ummi turun. Dia berguling-guling sambil menendang-nendang pintu. Saya biarkan saja, penat menangis pasti dia berhenti. Lama juga dia melolong dengan kuat sehingga suaranya dapat didengari seluruh kawasan sekolah.

Dalam masa sama, datang seorang lagi murid lelaki ke kelas. Bila dia tengok member menangis diapun turut menangis! Meriah sungguh, seorang menangis kat pintu depan,seorang menangis kat pintu dapur, 2 orang menangis slow2 dalam kelas!

Hampir 20 minit datang sahabat saya Cikgu Rokiah dari tahun 1. Saya minta dia hubungi jaga utk tolong settle problem ini. Saya biarkan dia dengan pembantu dan saya teruskan P&p. Bila jaga berbangsa India itu datang pujuk, dia tetap menangis. Jaga itu terus tengking dengan suara yang kuat. Ummi terus merangkak ke arah saya,"cikgu!Cikgu!". Saya pun terus pergi dan tarik dia dekat saya,"Cepat, cepat, mari dekat cikgu!Berhenti nangis, nanti jaga datang lagi!" Hehe, si Ummi tu terus diam serta merta!! Pembantu pun minta murid lain pun diam sama. Berhasil... fuh, saya menarik nafas lega!

Waktu rehat, saya ke tandas. Baru masuk tandas dengar suara menangis dengan kuat. Rupa2nya ada seorang murid dikunjungi oleh abang yang belajar di tahun5. Abang tu intai dari luar kelas, adikpun menangis2 nak ikut abangnya! Saya 'halau' abangnya beserta pesanan jangan datang lagi. Abang x ada barulah ok.

Nampaknya murid saya ramai belum tadika lagi. Beberapa orang tak boleh pegang pensel dengan betul. Ada seorang bawa bekal susu dalam botol air mineral siap dengan straw. Saya cakap boleh bawa susu, cuma jangan bawa dalam botol susu dah la!

Saya begitu sibuk (perasan saja) sampai tak ada masa nak ambil gambar. Lepas2 ni la kot, bila suasana tenang sikit. Mujur juga masa tuan PPD, pegawai PPD dan GB masuk ke kelas saya semalam, keadaan baik dan terkawal. Moga2 esok akan lebih baik dari hari ini.

4 comments:

  1. Hmmm, cam budak 2 org kat sini gak la, itu haru masa baru masuk tadika tiap2 hari adik mesti menagis melolong, pastu bila adik nangis kakak pun ikut sekali. Tapi bila tinggal juga sekejap je dah OK. Alhamdulillah, sekatrang dah OK.

    ReplyDelete
  2. hebat..hebat.. hari pertama dah kena observe dgn ppd ngan gb, tahniah.

    ReplyDelete
  3. Judin : Budak nangis biasala. Yg peliknya mak bapak sanggup tunggu sepanjang hari, mcm duk berdating laki bini tunggu anak. Yg meraung2 tu dah ok, yg x brp meraung tu la masih menunggu... mcm dia sorang sayang anak! Anak dia plk duk berlari dah dlm kelas x igt mak bapak.heran sungguh, da ok tu balik aje la.

    Na ; Better la dia datang awal2. Pasni x pyh datang dah!

    ReplyDelete
  4. klu saya tentu tension...dua ni meragam saya dah tak tahan,ni kan 25 org!!! Hanya guru yg cukup penyabar je boleh handle ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH