Saturday, February 9, 2013

Si Manis 17

Anak saya Aimi menyambut hari jadi yang ke 17 hari ini. Sungguh cepat masa berlalu. Rasa masih baru lagi melahirkannya di bulan Ramadhan yang berkat...dan sekarang genap berusia 17 tahun. Kerana ingin menyambut hari jadi bersama keluarga Aimi yang pada asalnya merancang tidak balik bercuti Tahun Baru Cina tiba-tiba bersuara ingin balik ke rumah."Mak, Aimi nak balik! Aimi nak balik!"Sayangnya semua tiket balik telahpun habis. Saya dan suami pula mempunyai program lain yang menyukarkan kami untuk mengambilnya di asrama, nun di Terengganu Darul Iman.

Khamis, Aimi ke rumah rakan sekolahnya di Kertih. Jangkanya dia akan naik bas dari Kemaman ke Temerloh, malangnya tiket bas juga sudah habis. Saya minta dia naik bas ke Kuantan, dan saya akan mengambilnya di Kuantan..sayangnya tiket ke Kuantan juga kehabisan. Mujurlah keluarga rakannya telah bermurah hati untuk menghantar Aimi ke Kuantan, 2 jam perjalanan dari Kertih. Aimi diambil pula oleh sepupunya Wawa. Menjelang malam barulah saya sampai di Kuantan dan membawa Aimi pulang ke rumah dengan selamatnya. Terima kasih pada rakan Aimi, Izni dan keluarganya yang banyak membantu Aimi. Budi baik kalian sekeluarga hanya Allah sahajalah yang dapat membalasnya.

Inilah anak nombor 3 saya. Manja kededek sikit berbanding adik-beradik yang lain. Nak tau lagi pasal Aimi boleh tengok di sini, sini, sini dan sini. Abang dia pun ada tulis pasal Aimi. Tengok pula kat sini.

Selamat hari jadi Aimi. Semoga menjadi anak yang soleh dan wanita solehah. Semoga Aimi cemerlang dalam SPM dan cemerlang dalam apa jua diceburi. Semoga Aimi cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Emak, ayah dan semua orang sayangkan Aimi.

3 comments:

  1. Selamat hari lahir buat Aimi. Moga jadi anak yang membahagiakan ibu dan ayah.

    ReplyDelete
  2. selamat ulang tahun buat Aimi. budak2 ni najmiah, cepat betul rasanya membesar..kadang2 buat kita terlupa, depa memandang kita.."cepatnya Ummi dan abah aku tua"..heee

    ReplyDelete
  3. Selamat Ulang Tahun Aimi, insya Allah akan berjaya dunia n akhirat. Maaf, salam kenal.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH