Wednesday, February 6, 2013

Sesekali berehat di wad hospital (Bhg 2)

Hospital Jerantut merupakan sebuah hospital lama. Ianya terdiri daripada beberapa blok bangunan setingkat.  Kebanyakan kes2 yang dirawat di sini adalah kes-kes biasa, jika perlu rawatan lebih lanjut akan dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh atau ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAAA) di Kuantan.

Maklumat pesakit ada kat gelang plastik ni.

Saya ditempatkan di katil F10, terletak di hujung deretan katil di Wad 3, wad khusus untuk wanita..dan semestinya kelas 3. Jangan berangan nak masuk kelas 1 dan 2, sebab hanya ada kelas 3. Bagi pesakit macam saya, tak kisah sangat bab kelas-kelas ni. Yang penting rawatan untuk penyakit saya ni.

Sepanjang berada di wad saya tidaklah kesunyian. Meskipun jauh dari keluarga dan adik-beradik saya sentiasa dikunjungi oleh sahabat handai . Bila tiba waktu melawat, pasti ada yang singgah bertanya khabar. Alhamdulillah, rasa agak terharu kerana tidak dilupakan ketika saat-saat begini.

Setiap yang datang pula pasti bertanya soalan sama, "awak sakit apa?". Nampak badan sihat-sihat saja, langsung tak susut pun. Boleh jalan sana-sini, sentiasa berselera makan pulak tu. Maka sayapun beritahu bahawa saya anemia, kekurangan darah. Saya cuma lebih lemak dan daging, yang tak cukup darah sahaja!

Saya dirawat oleh seorang doktor yang masih muda belia, Dr Aliah. Orangnya kecil molek, mesra tapi nampak tegas. Beliau memaklumkan bahawa saya perlu dimasukkan darah. Malangnya setelah menunggu berhari-hari, darah yang dinanti tak kunjung tiba. Saya berdarah O+, suami saya AB dan tiada seorangpun anak saya yang berdarah O! HOSHAS tidak membekalkan darah untuk Hospital Jerantut, stok hanya cukup untuk kes2 kecemasan di hospital itu sahaja. Bekalan dinanti dari HTAAA, tapi HTAAA pun kekurangan bekalan darah O.

Setelah 5 hari, pemeriksaan hb darah saya menunjukkan peningkatan. Jadi, Dr Aliah memaklumkan saya tidak perlu dimasukkan darah lagi...dan yang lebih bestnya saya dibenarkan pulang ke rumah. Yeay..merdeka!

Terima kasih kepada Dr Aliah dan semua staff di Wad 3 Hospital Jerantut yang telah memberikan rawatan dan layanan terbaik untuk saya sepanjang berada di sana dari 28.1.2013-1.2.2013. Terima kasih juga untuk rakan2 yang sudi menjenguk dan mendoakan kesihatan saya. Semoga Allah merahmati kalian semua.

8 comments:

  1. najmiah..alhamdulillah..dah discaj..
    baca entry najmiah, rasa mscam best je, heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best? Haha..kena masuk wad dulu la baru boleh rasa sendiri..

      Delete
  2. singgah cni dr blog 'ibu berbicara'
    salam kenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga..terima kasih sudi menjenguk blog tah apa-apa ni..hehe..

      Delete
  3. singgah dan follow disini daripada Blog kak ibu berbicara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..terima kasih..selamat berkenalan.

      Delete
  4. singgah sini dari blog ibu berbicara...

    selamat kembali ke rumah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Alhamdulillah, sambung rawatan kat rumah lebih melegakan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH