Sunday, February 27, 2011

Balik kampung lagi....

Hari Jumaat 25 Februari 2011 saya balik kampung lagi, untuk pertama kali bagi tahun baru ini. Sebenarnya saya ke Terengganu bagi mengikuti Kursus Sehari Pengurusan & Pentadbiran PPIM Peringkat Zon Timur yang diadakan di Wisma Seri Amar, Kuala Terengganu. Kursus ini disertai oleh 115 orang ahli lembaga pentadbir PPIM peringkat daerah dan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Saya mengambil kesempatan ini untuk melawat anak saya, Aimi di BRAInS dan menziarahi ibu dan saudara mara di kampung.

Seronoknya balik kampung. Selesai kursus, saya terus balik ke kampung. Emak saya agak uzur, pergerakannya agak terbatas...berjalan dalam rumahpun terpaksa menggunakan tongkat berkaki empat (..apa namanya ya?). Adik saya Zaharah pun kurang sihat. Mujur juga sesetengah urusan rumah tangga dibantu oleh Abang Li saya. Hari ini Abang Li lah yang tolong siang ikan gelama jarang gigi dan ikan ebek yang agak besar saiznya. Abang Li juga yang menyinggang ikan ebek tersebut...sedap woo!
Pandangan dari sisi, Abang Li sedang menyiapkan bahan-bahan untuk singgang ikan ebek. Nak tangkap gambar ni pun bukan main susah, ambik sipi-sipi macam ni kira ok jugalah kan?


Sebelum memasak, saya round-round dulu keliling rumah mak. Nampaklah pokok katak puru yang sangat rajin berbuah ni. Pokoknya tidaklah besar sangat, jadi sangat mudah untuk mengambil buah katak puru ni. Saya ambil dan makan begitu saja..tak payah colek-colekpun!

Saya terus meronda lagi...wah, alangkah terujanya saya sebaik terpandang pokok di bawah ini! Pokok Jelai! Saya tahu ramai tidak kenal pokok ini, apatah lagi buah jelai! Rasanya adik-adik saya yang dah masuk angka 30an pun tidak kenal buah jelai ni. Buah jelai ini tidak boleh dimakan, tetapi boleh dibuat perhiasan seperti rantai atau gelang. Ini adalah kerana bentuk dan saiznya seperti manik, sebab itu di sesetengah tempat buah jelai ini dikenali juga dengan nama buah manik.




Dulu-dulu masa saya bersekolah rendah, saya selalu mengutip buah jelai ini ketika dalam perjalanan balik dari sekolah. Selalunya pokok jelai ini tumbuh di kawasan berpaya berhampiran rumah Cikgu Man, guru Tawarikh saya masa darjah 5A tahun 1978.
Dah puas tawaf rumah mak, saya naik ke rumah untuk sesi masak-memasak pula. Hari ini saya teringin nak makan solok lada. Bahan-bahan untuk solok lada ini saya beli di Pasar Awam Kampung Buluh semasa saya ke sana untuk urusan tiket bas Aimi balik ke Jerantut cuti sekolah nanti.


Baru saja saya membelah lada besar untuk buang bijinya, tangan saya dah terluka. Walaubagaimanapun urusan membuat solok lada ini tidaklah terjejas kerana luka ni kecil sahaja.








Ini gambar Ahmad Faiz sedang menumbuk isi ikan selayang iaitu satu daripada bahan utama solok lada, manakala gambar kanan pula emak saya sedang menggaul ikan selayang yang telah ditumbuk dengan kelapa parut (yang tak berapa muda..haha), bawang merah, halia, garam dan gula. Saya beralasan tak dapat menggaul kerana tangan saya yang luka ini, takut jadi macam cerita raja bersiung lak, hehe! Lagipun air tangan emak kan yang terbaik di dunia!
Setelah selesai proses menggaul, tiba masa memasukkan isi solok ke dalam lada dan petola ular.
Solok lada ini kan dikhuatiri agak pedas, jadi kasihan kepada kanak-kanak yang ada kat rumah ini. Jadi solok petola ular ini adalah alternatif untuk mereka sebagai ganti solok lada.










Dah siap semua, susun dalam periuk. Masukkan santan dan rebuslah sehingga masak. Sori ya, sebab gambar-gambar setelah masuk periuk, pinggan dan sebelum masuk perut dah lost dan tak found dah! Entahlah, bila pula aktiviti gotong royong wat solok lada dan solok petola ular ini dapat diadakan lagi. Yang pasti keenakannya tidak dapat dilupakan.

p/s: Saya dah siapkan post ni beberapa hari lepas,tetapi tak sempat post internet terputus. Cerita sayapun jadi tergantung...sebahagiannya ghaib entah ke mana. Malas dah nak taip semula.





8 comments:

  1. bestnya... huhu tak dpt join...

    ReplyDelete
  2. wuu, best best.. nak blk kg gak, huhu

    ReplyDelete
  3. buah katak puru buak ubat daroh tinggi ,org utara cakap buah nam-nam.

    ReplyDelete
  4. k.jie... kata nak tulis panjang2.. tak best la mcm ni, sikit sangat.. tak puas baca cerita.. hehe

    ReplyDelete
  5. Na & Judin: saja je ni nak bagi u all jeles..hehe!
    Markmeen: Ubat darah tinggi? Wah, best lah ubat ni..hari-hari boleh makan lah...
    Na: Hari tu dah tulis panjaaaaang dah, tup-tup hilang tak sempat post! Komputer rumah kat ICU!

    ReplyDelete
  6. sedihnya kak g tak sebut nama i pung...

    ReplyDelete
  7. alalalala, sori ya dik...nanti i wat post baru, citer pasal u je..ok tak? Jangan sedih2,dok chomel nanti!

    ReplyDelete
  8. sedapnya solok lada tu..
    dah lama xbuat..
    sy masih igt buah jelai tu..
    cantik kalau dibuat rantai atau gelang tgn..
    campur buah muda & tua..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH