Gambar hujung 2010
Adik bongsu saya, Azimah akan menyambut hari jadinya yang ke 33 esok, 28 Mac. Sungguh cepat masa berlalu. Adik yang berbeza 11 tahun dengan saya ini kini telah semakin dewasa bahkan bertambah usianya setahun lagi
Adik saya ini membesar dengan menempuh kehidupan yang serba mencabar. Seawal usia 7 tahun, baru mengenal alam persekolahan Azimah yang kami sekeluarga panggil Imah telah menjadi anak yatim. Masih saya ingat betapa manjanya Imah dengan arwah che. Setiap hari che akan membaca buku cerita untuknya, bukan sekali bahkan buku yang sama dibaca berkali-kali. Bila che sedang membaca surat khabar, Imah akan panjat-panjat belakang che meskipun ditegur beberapa kali oleh emak. Balik dari balaisah selepas selesai solat Isya', che akan dukung Imah...dan di saat anak kecil ini sedang di zaman bermanja-manja..che dipanggil menemui penciptaNya. Kasihan adikku Imah..
Imah adikku itu menunjukkan kecemerlangannya sejak kecil lagi...bayangkan ketika majlis penyampaian hadiah Tadika Felda Chalok (masa tu Kemas x ambil alih lagi) Imah menyertai pelbagai acara pentas..dia menyertai tarian,nasyid, boria, koir dll..semua acara yang ada penyanyi solo..dialah yang jadi solo tu!..dan dia sangat suka bercerita. Kalau dia menonton cerita di televisyen, dia boleh bercerita dengan begitu detail..babak demi babak, sehingga kita yang mendengarnya boleh membayangkan cerita tersebut..seolah2 kita sendiri melihatnya..dan bakat bercerita itu berterusan sehingga sekarang..anda boleh menilai sendiri melalui tulisannya di sini.
Sejak kecil, Imah agak rapat dengan kakaknya, Na kerana mereka berbeza cuma 2 tahun. Na sendiri menjalankan tugasnya sebagai kakak dengan baik sekali. Ketika di sekolah rendah, Imah akan pergi dulu ke sekolah..hampir 15 minit baru disusuli oleh Na...dan ajaibnya mereka akan sampai di sekolah pada masa yang sama! Bila balik, che ambil Imah dengan motosikal honda...tetapi hanya 4 bulan sahaja. Selepas itu Imah dan Na jalan kaki sama-sama sebab che sudah tiada lagi. Bila Imah diusik oleh budak2 lelaki, Na akan jadi pelindungnya. Maklumlah Na waktu itu terkenal sebagai seorang pengawas yang digeruni ramai..haha.
Imah cemerlang dalam akademik. Selalu mengungguli pencapaian dalam sekolahnya. Dia juga dapat membaca al-Quran dengan baik. Hasil bimbingan emak, Imah mendapat pencapaian tertingginya, naib johan peringkat negeri Terengganu dalam pertandingan hafazan al-Quran sekolah2 rendah. Jangan x tahu, Imah juga tersohor kerana pandai bersyair sehingga pernah disiarkan dalam satu rancangan kanak-kanak Radio Malaysia Terengganu tahun 1989 (kalau x silap).
Pada tahun 1990, Imah ditawarkan memasuki tingkatan 1 di SMAP Kajang ekoran pencapaian cemerlang UPSR 5A tahun sebelumnya. Saya ingat2 lupa, tapi kata emak Imah dapat 6 tawaran ke tingkatan 1 sekolah lain. Emak berat nak lepaskan Imah pergi maklum sajalah jarak dari Setiu ke Kajang bukanlah dekat. Kamipun bukan ada kenderaan sendiri..saudara mara kat sanapun x ada. Tapi Imah sangat kuat semangatnya, dia tetap hendak juga ke SMAPK. Emak terpaksa akur, di saat pendaftaran Imah di SMAPK, Imah hanya dihantar oleh adikku Tajuddin yang baru saja ke KL dan abang In dengan menaiki bas! Saya tidak tahu apa agaknya perasaan adikku yang baru berusia 13 tahun di saat rakan-rakan yang lain dihantar oleh keluarga dengan kereta yang menjalar megah sedangkan Imah hanya dihantar oleh abang2 yang masih bujang!
Imah kekal belajar di SMAPK sehingga tamat SPM. Dalam tempoh 5 tahun belajar di sana, pelbagai suka duka ditempuhi dan Imah hanya balik ke kampung pada cuti sekolah saja, menaiki bas ekspress KL- K.Bharu. Hari raya haji pun x balik, beraya kat rumah kawan sahaja!
Imah, sekarang kembali semula ke Terengganu. Telahpun mempunyai 3 orang cahaya mata. Menjalani hidup sebagai seorang guru, ibu dan isteri. Dalam masa sama menjadi ibu angkat kepada anak2 saya. SELAMAT ULANG TAHUN adikku. Semoga hidupmu sentiasa diberkati Allah, berbahagia selalu dunia dan akhirat.
Kak G... terharu... thanks for the entry... ada cerita2 yg suami i pun x pernah tau, mcm syair kat radio tu! hehehe...
ReplyDeletebab bercerita detail tu, tu bukan bakat turun temurun keluarga ke tu? hehehehee
Thanks for the post. Macam autobiography la plak.
ReplyDeletemah..mmg bakat bercerita tu kemahiran keluarga kita, tapi cerita kami ni tidak sedetail u!
ReplyDeleteNaim..awalnya mmg nak tulis lagi panjang..dari start masuk u sampai skrg, tapi dah tgk panjang berjela dah..rasa malas lak..so, post ala autobiografi ini akan diteruskan lain kali dalam bentuk lain lak..