Friday, December 6, 2013

Banjir ..laporan ringkas

Rakan blogger saya Anim menghantar mesej melelaui telefon bertanyakan banjir di tempat saya. Sayangnya mesej itu saya tidak terima sebab...saya dah tak guna nombor itu! Saya tahu Anim baca blog ini, jadi entry ini khusus untuk Anim ...hehe.  Untuk pengetahuan Anim, rumah saya tidak terlibat dengan banjir. Syukur alhamdulillah. Sekitar bandar Jerantut juga tidak banjir, tetapi daerah Jerantut memang ada mangsa banjir. Tahun ini banjir...
Baca lagi>>

Corat-coret Haji 1434H - 3

Beberapa hari di Madinah, rutin harian seperti biasa. Pukul 3 pagi kami dah ke Masjid Nabawi. Pukul 8.30 pagi balik ke hotel untuk sarapan. Pukul 11.00 pagi ke masjid semula untuk solat Zohor dan pukul 1.30 balik untuk makan tengah hari. Pukul 2.00 pergi lagi untuk solat Asar. Kadang-kadang terus sehingga lepas Isyak baru balik untuk makan malam dan tidur. Kalau kami puasa, lagi senang sebab tidak perlu fikirkan tentang makan lagi..hehe.. Hari...
Baca lagi>>

Wednesday, November 20, 2013

Corat-coret Haji 1434H-Episod 2

Ada sahabat bertanya, apa aktiviti di Madinah. Yang rasminya ada dua aktiviti utama iaitu ziarah luar dan ziarah dalam. Ziarah dalam ialah ziarah yang ke kawasan Taman Syurga atau Raudhah. Jemaah akan dibawa secara rasmi ke kawasan ini sekali sahaja, lepas itu pandai-pandai sendiri lah. Bagi jemaah lelaki tidaklah menjadi masalah kerana mereka boleh berziarah dalam ini pada bila-bila masa sahaja. Bagi jemaah wanita pula kenalah mengikut waktu-waktu...
Baca lagi>>

Tuesday, November 19, 2013

Corat-coret Haji 1434H-Episod 1

Genap 20 hari saya kembali ke tanah air setelah selesai menunaikan rukun Islam ke-5. Setiap hari saya merancang untuk menulis di blog yang hampir berkulat ini...namun sentiasa ada kekangan  tugas dan waktu. Bila rakan taulan, sanak saudara sibuk minta saya bercerita kisah-kisah di tanah suci, saya jadi bersemangat semula. Kat mana harus bermula?...ah..tulis sajalah. Blog sendiri..ikut suka sendiri la..hehe.. Saya dan suami bertolak ke tanah...
Baca lagi>>

Saturday, July 20, 2013

Tong dan Gas

Kita berada di bulan Ramadhan yang mulia, bulan rezeki melimpah ruah. Allah yang maha adil sentiasa memberikan rezeki kepada kita. Rezeki Allah sangat luas, bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang disebut oleh Allah ta'ala dan Rasulullah terlalu amat luas meliputi rezeki yang rencam dan pelbagai, penglihatan, kesihatan, iman bahkan ketenangan juga adalah rezeki.  Allah yang memberi rezeki, kadang-kadang Allah...
Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH