Saturday, June 23, 2012

Faiz Yang Penyayang..


Anak sulung saya sangat tidak sukakan bayi. Sejak bayi lagi sampailah dewasa..dia memang tidak sukakan bayi dan kanak-kanak. Katanya, "Budak-budak mereka suka menangis. Nak susu menangis, nak berak menangis, even nak tidur pun mesti menangis dulu. Geram betul aku. Oh ya, mereka juga sangat mengada-ngada.Kalau iklan pampers ke iklan susu yang guna pakai bayi sebagai model ke, aku memang cukup anti. Sebabnya aku tak suka bayi tu tergelak-gelak bila kena praktikal joke. Really. I hate it. Dan bila iklan bayi-bayi ni ke udara je, aku akan terketap-ketap gigi dan bibir, sambil cakap bayi tu mengada-mengadalah, rasa macam nak tumbuklah."

Saya selalu nasihatkan dia, " Yang awak ni marah sangat kat budak tu kenapa? Dia bukan buat apapun kat awak.Dulu awak kecik-kecik pun macam tu jugak. Bawak-bawak la suka ke budak kecik Faiz oi., Awak pun mak rasa tak lama lagi sesuai dah jadi bapak budak."

Sekarang, anak saya itu seorang belia yang berusia 22 tahun. Meniti usia-usia berharga sebagai seorang bujang sebelum berkeluarga...dan masa mengubah segalanya. Dia sudah mula sayangkan bayi dan kanak-kanak. Sungguh. Katanya, dia cukup suka bila pulang ke kampung saya di Terengganu sebab banyak sepupu yang kecik-kecik dan ber-title bayi. Dek kerana selalu ditugaskan mengasuh budak-budak itu apabila saya dan ibu-ibu saudaranya perlu berurusan di dapur rumah mak, dia mula menyukai mereka. Bukan setakat mengasuh..dia juga diamanahkan membuat susu, memandikan bebudak itu mahupun menukar lampin mereka. Dia cukup suka bermain dengan mereka sehingga akhirnya sangat disukai oleh kanak-kanak itu.

       
Inilah sebahagian daripada sepupu-sepupu Faiz yang comel-comel belaka..

Ini rutin harian sepupu-sepupu kecil Faiz . Ada macam-macam..laptop, netbook, e-book, ipad dll. Mereka ni lebih mahir bab-bab ict ni dari kita yang dah tua ni. Kadang-kadang ada game yang mereka suka, tapi tak tau main, jadi si Faiz inilah dipaksa bermain game itu, terutama oleh Ammar Hussaini yang berbaju biru kat gambar bawah.


Semoga anakku Ahmad Faiz akan sentiasa menyayangi kanak-kanak..kerana orang yang mengasihi akan sentiasa dikasihi...

3 comments:

  1. wah...bertuahnya faiz. satu entri khas dari maknya! Tahniah faiz...bak kata org jgn dibenci nanti sayangnya berganda2...

    ReplyDelete
  2. ini pun satu tanda najmia cepat nak dapat menantu...

    ReplyDelete
  3. hehehe... part budak berbaju biru yg buat i nak gelak guling2 tu! sian faiz menjadi mangsa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT 2009 - 2013 © NAJMIAH DOLLAH